SELAMAT DATANG KE LAMAN
WEB PMN WILAYAH PERSEKUTUAN

Selamat Berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

 

 Program latihan keusahawanan MARA Negeri WILAYAH PERSEKUTUAN Tahun 2007.

Maklumat Lanjut

 Galeri Gambar MARA Wilayah Persekutuan.

Maklumat Lanjut

Direktori Usahawan

Senarai Borang

Bayaran Pinjaman Online:

Imbasan Sejarah
Penubuhan MARA

         Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

      Objektif utama penubuhan ini ialah untuk mengatasi kelemahan keadaan sosio-ekonomi Bumiputera khususnya orang Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian. 

Majlis Amanah Rakyat

Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.  

RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan  Menjadi sumpah amanah suatu wawasan      

Pada detik 1966 yang menentukan  RIDA pun dikerandakan dalam sejarah  Untuk sebuah nama baru yang keramat   Majlis Amanah Rakyat   Kini 25 tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia   Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera  Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan    Menilai kembali keberkesanan   AMARAH dan Amanah Rakyat yang  dipahatkan.  

 

 

 

 

 

 




AKTIVITI SEMASA

G TEN

Maklumat Lanjut




Media MARA Wilayah

Gambar-gambar aktiviti yang dijalankan oleh MARA KL

Maklumat Lanjut

 

 

 

 

Hakcipta ® MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur