Lidah kelu di saat
kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita
amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan
hanya mimik mukanya
menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah
hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan
lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan,
kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan
berkumandang.
Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri
tegak dan diamkan
diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika
azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka
kita tidak
dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat
mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga
untuknya.
Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun
nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami
dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan
lidah kami mengucap kalimah
Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."