PIAGAM
PELANGGAN

"Sesungguhnya kami Kakitangan Pejabat MARA Daerah Negeri Terengganu akan sentiasa
komited kepada pengeluaran berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan.
Kami juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah
diamanahkan , menerusi program dan aktiviti berikut :
 
 


 

Menambah Gunatenaga Bumiputera


Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang terlatih dalam bidang profesional dan teknikal ke tahap 30% daripada keperluan negara

 


 

Pembiayaan


Memproses, menyiasat dan menyokong permohonan pembiayaan perniagaan:
  • Kelulusan diperingkat negeri
    selama 30 hari.

  • Kelulusan diperingkat ibu pejabat selama 50 hari.


  •  

    Layanan Mesra


    Memberi layanan yang mesra,ramah, cepat, tepat dan berkualiti  kepada pelanggan-pelanggan tanpa mengira kedudukan

     


     

    Perkhidmatan Kaunter


    Memberi perkhidmatan kaunter yang profesional 
    dan berkualiti

     

    Aduan Pelanggan


    Segala aduan dari pelangan akan diberi perhatian dan dijawab dengan segera serta sedia berunding tanpa mengira status pelanggan..

     

     


     

    Panggilan Telefon



    Panggilan telefon akan dijawab tanpa melebihi 3 kali deringan

     


     

    Program Berkualiti


    Memastikan segala aktiviti atau program  yang dirancang berjalan dengan lancar,berkualiti  dan mencapai matlamat.

     


     

    Premis Perniagaan


    Memastikan semua Premis berada di dalam keadaan baik, bersih, ceria, menarik dan lengkap.

     

    Warga Kerja Yang Profesional Dan Berkualiti


    Memastikan semua tugas yang dibuat adalah
    berkualiti dan profesional demi
    kepentingan Organisasi dan bukannya untuk
    kepentingan diri.