SELAMAT DATANG KE URUSAN LATIHAN DAN KERJAYA MARA NEGERI TERENGGANU ""KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN""

          

SEJARAH IKM

           Institut Kemahiran MARA atau IKM ialah tempat di mana latihan kemahiran dijalankan. Sebanyak 14  buah  IKM telah
           dibina di seluruh negara dari sejak IKM yang pertama  dibina  di  dalam  tahun   1968   di Melaka.    Keluasan  setiap
           IKM adalah berbeza dari  yang paling kecil iaitu 42,166 kaki persegi di IKM  Petaling Jaya  kepada  yang  paling  besar
           iaitu 50 ekar di IKM Besut, Terengganu. Kapasiti pelatih juga berbeza bagi  setiap IKM iaitu mengikut keluasan tempat
           dan kemudahan yang telah diadakan.

           Daripada asalnya sebagai "Sekolah Tukang" iaitu Pusat latihan yang melahirkan tukang membuat sesuatu. IKM  telah
           berkembang mengikut peredaran zaman. Selaras dengan perkembangan di  dalam dunia  pendidikan  yang  diterajui
           oleh perkembangan ekonomi berasaskan teknologi, negara memerlukan  lebih ramai  pekerja  berpengetahuan  atau
          "Knowledge Workers".

           Di samping itu  perkembangan  teknologi juga  menyebabkan syarikat - syarikat  pembuatan dan  perindustrian  yang
           memberi   sumbangan  besar  terhadap   mengadakan   peluang - peluang pekerjaan, mengubah  keperluan  sumber
           manusia  mereka  daripada  "Tukang Pasang" atau "assembly Workers"  kepada   pekerja berkemahiran  tinggi  atau
          "Highly-Skilled Workers".

           Sehubungan dengan itu aliran kemahiran menjadi penting di  dalam  program  pembangunan  sumber  manusia  dan
           secara langsung merupakan satu laluan yang selari dengan aliran akademik, dan  ini  membolehkan  lepasan Sekolah
           Menengah membuat pilihan tentang haluan dan  bidang  kerjaya  yang  hendak  mereka  ceburi.  Hakikat  inilah  yang
           menjadi asas utama di dalam "Pembangunan IKM"

           Kursus di peringkat  diploma  pula  mula  dijalankan  di  dalam  tahun  1995  apabila  IKM  Petaling Jaya menjalankan
           sepenuhnya program "Higher National Diploma dalam  bidang  elektronik  dan  diploma  ini  ditauliahkan  oleh Edexel
           International (dahulunya dikenali sebagai BTEC) Of United Kingdom.

           Ini kemudian diikuti oleh kursus-kursus di tahap diploma di dalam  bidang-bidang  kejuruteraan automotif,  bangunan
           elektrik, elektronik dan mekanikal secara usahasama dengan Universiti  Teknologi  Malaysia  (UTM),  Kursus  diploma
           yang terbaru ialah dalam bidang teknologi pembuatan, membuat acuan dan  sebagainya  yang  dilaksanakan  dengan
           kerjasama German Malaysian Instutute(GMI).

           Peningkatan  tahap  kursus  memerlukan   tenaga  pengajar  dan  para  pengurus  yang   mempunyai  kelulusan  dan
           kelayakan yang lebih    tinggi di  samping  kemudahan  dan  alatan latihan  yang  lebih  canggih  yang  mencerminkan
           teknologi yang sebenanya digunakan di pasaran. Ini mencetuskan  IKM dinaik  tarafkan  menjadi  "Kolej Tinggi MARA"
           atau "KKTM" bagi pusat-pusat  latihan yang  menjalankan  program  diploma  iaitu  di  Petaling Jaya (Selangor),  Balik
           Pulau (Pulau Pinang) dan Pasir Mas (Kelantan).

          Dengan ini KKTM bukan sahaja merupakan salah satu aliran pilihan secara langsung bagi  pelajar-pelajar  yang  tamat
          SPM atau SPVM tetapi juga memberi peluang pelatih Lepasan IKM melanjutkan pelajaran mereka.

          Struktur pengurusan di IKM / KKTM pula terdiri daripada Pengetua yang dibantu oleh Timbalan Pengetua dan Kumpulan
          Anggota Pekerja yang terdiri daripada tenaga pengajar dan pekerja sokongan.

         Jumlah pengambilan pelatih dari sejak IKM ditubuhkan dalam tahun 1968 hingga 2003 ialah  80,954  orang  dan  jumlah
         pelatih tamat ialah 67,830 orang sementara enrolmen pelatih pada 2003 ialah 10,037.