KELAYAKAN PEMOHON**Warganegara Malaysia terdiri dari keturunan Melayu atau Bumiputera lain yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun**Mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam bidang pertanian / penternakan yang telah /bakal dijalankan**Usahawan hendaklah melibatkan diri sepenuh masa dalam usaha tani yang dibiayai oleh MARA**Projek pertanian / penternakan yang halal, tidak bertentangan dengan syariat islam dan dibenarkan oleh kerajaan**Mempunyai tanah / ladang sendiri yang boleh diusahakan. Jika disewa perlulan mengemukakan surat perjanjian sewa / pajakan bagi tempoh minimum 5 tahun**Dapat menyumbangkan modal sendiri atas jumlah yang berpatutan dengan projek pertanian / penternakan yang dijalankan iaitu tidak kurang 10% daripada kos projek**Bagi permohonan pembiayaan melebihi RM50,000.00 ke atas, pengusaha dapat mengemukakan tanah atau jaminan atau kedua-duanya sekali sebagai cagaran mengikut peraturan yang sedia ada**Pengusaha perlu mengemukakan ringkasan teknikal projek yang hendak dibiayai seperti jenis projek, tapak /lokasi,tempoh kutipan hasil / tuaian dan pasaran hasil berkaitan