SELAMAT DATANG KE URUSAN PEMBANGUNAN USAHAWAN MARA NEGERI TERENGGANU ""KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN""


CAGARAN /JAMINAN PEMBIAYAAN AM / FRANCAIS

 

PEMBIAYAAN TIDAK MELEBIHI RM30,000.00

Tidak Memerlukan Cagaran Atau Penjamin



PEMBIAYAAN RM30,001.00 HINGGA RM250,000.00

Pemohon memerlukan dua (2) orang atau lebih penjamin bergaji tetap tidak kurang dari RM500.00 sebulan dengan jumlah gaji kesemua penjamin tidak kurang dari 3% daripada jumlah pembiayaan atau mencagar tanah yang bernilai (nilai jualan paksa) tidak kurang 20% daripada jumlah pembiayaan


SKIM PEMBIAYAAN PEMBUATAN & FRANCAIS

Pembiayaan bagi projek yang menggunakan teknologi tinggi di mana kos projek tidak melebihi RM2 juta dan kurang penyertaan oleh Bumiputera. Keutamaan diberi kepada projek-projek pembuatan dan francais. Pembiayaan diberi antara RM250,001.00 hingga RM500,000.00. Pemohon tidak perlu mengemukakan penjamin,cuma perlu jaminan oleh semua Ahli Lembaga Pengarah dan menandatangani Perjanjian Debentur