|
| TERKINI |
|
|
|
|
:: PERUTUSAN PENGARAH MARA NEGERI SELANGOR ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan hidayah-Nya telah megizinkan Laman Web Mara Negeri Selangor dilancarkan dengan sempurna dalam usaha untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan kepada pelanggan, khususnya dalam menyalurkan maklumat dan juga penerangan kepadam pelanggan, mengenai aktiviti yang dijalankan oleh MARA.
Pelancaran laman web ini adalah bertepatan dengan keperluan masa kini dimana dunia perdagangan terbuka luas tanpa sempadan berikutan dengan kepesatan teknologi komunikasi.
Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha merealisasikan Laman Web MARA Selangor dan diharapkan ianya dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan pelanggan MARA.
RAZLAN BIN HAJI SAMSURI
Pengarah MARA Negeri
Selangor.

|
|
|