PERUTUSAN

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya mengucapkan syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNya telah mengizinkan Laman Web MARA Negeri Selangor dilancarkan dengan sempurna dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan, khususnya dalam menyalurkan maklumat dan juga penerangan kepada pelanggan mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh MARA

Pelancaran Laman Web ini adalah bertepatan dengan keperluan masa kini di mana dunia perdagangan terbuka luas tanpa sempadan berikutan dengan kepesatan teknologi komunikasi. 

Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha merealisasikan Laman Web MARA Selangor dan diharapkan ianya dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan pelanggan MARA.

Sekian, terima kasih. 

ROOH NOOR
Pengarah MARA Negeri
Selangor

 

Kembali Ke laman Utama

 

__________________________________________________________________________________

 

<<< Hakmilik @ MARA Selangor 2004 >>>