Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan, ditubuhkan pada
1
Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil
daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.
OBJEKTIF
Menggalak,membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar,
supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan
kukuh.
STRATEGI PERLAKSANAAN
Mewujud serta menambah bilangan usahawan di
kalangan bumiputera dan meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh.
Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan
perindustrian tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai langkah memberi perlindungan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera
dalam dunia perniagaan.
Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam
berbagai bidang di semua peringkat, khususnya untuk keperluan sektor perdagangan dan perindustrian, dan
Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai
serta menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum bagi meninggikan taraf ekonomi dan sosial bumiputera.
|