MAKLUMAT KORPORAT
![]()
Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan, ditubuhkan
pada 1
Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil
daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun
sebelumnya.
Adalah menjadi
kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan
pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam
kawasan-kawasan luar bandar.
OBJEKTIF
Menggalak,
membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar,
supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah
membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan
kukuh.
STRATEGI PERLAKSANAAN
Mewujud serta menambah bilangan usahawan di
kalangan bumiputera dan meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan
dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh.
Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan
perindustrian tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat
sebagai langkah memberi perlindungan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera
dalam dunia perniagaan.
Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam
berbagai bidang di semua peringkat, khususnya untuk keperluan sektor
perdagangan dan perindustrian, dan
Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai
serta menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum bagi
meninggikan taraf ekonomi dan sosial bumiputera.
![]()
[ Ke laman Utama ]