Pembangunan Infrastruktur Perniagaan.

Ke arah membangunkan usahawan Bumiputera yang dinamik serta mengukuhkan jaringan pasaran global, Bahagian Pembangunan Infrastruktur Perniagaan (BPI) bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penyediaan ruang niaga dan ruang kilang MARA untuk disewa oleh peniaga dan usahawan Bumiputera.

Jenis Ruang Niaga

  • Kompleks

  • Arked

  • Rumah Kedai

  • Bazar

  • Ruang Kilang

Kadar Sewa

Ruang niaga yang disewakan kepada usahawan-usahawan Bumiputera adalah pada kadar kompetetif dan berpatutan.

Kemudahan Yang Disediakan.

  • Penyelenggaraan Bangunan

  • Tempat letak kereta

  • Kemudahan Asas

  • Musollah/Tempat solat

Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia daripada kaum Bumiputera berusia 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai perniagaan serta pendaftaran perniagaan
  • Mempunyai pengalaman perniagaan serta modal untuk memulakan perniagaan.
  • Untuk pewujudan dan peningkatan perniagaan.
  • Bagi ruang kilang, keutamaan adalah kepada bakal penyewa yang terlibat dalam perindustrian.

Cara Memohon

    1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Penyewaan Bangunan Perniagaan MARA yang dikeluarkan secara percuma.
    2. Borang permohonan boleh dimuat turun terus (Borang Sewa Premis, Borang Sewa Kilang Industri) atau dipohon daripada Pejabat MARA Negeri atau Daerah yang berhampiran.
    3. Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar terus kepada Pejabat MARA Negeri atau Daerah yang berhampiran untuk pertimbangan.
    4. Pemohon-pemohon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

  Seterusnya >>>  Senarai Premis

 

   

Perkhidmatan

Direktori Usahawan

Borang

Soalan Lazim (FAQ)

Hubungi Kami

Pejabat MARA Negeri Sarawak

Tingkat 2, Bangunan MARA Plaza Astana,Jalan Astana , Petra jaya, 93050 Kuching

Talian Pentadbiran : 082448121 / 08245122 Faks : 082443514