MENU
Muka Hadapan
Profail
Berita Terkini
Aktiviti Utama
:: Pembangunan Usahawan
:: Pembiayaan Perniagaan
:: Premis Perniagaan
:: Kerjaya
Khidmat Sokongan
  :: Pentadbiran
  :: Kawalan Kredit
  :: Khidmat Teknikal
Album Aktiviti
PMD
Capaian Staf
Hubungi Kami
 
 


Latar Belakang | Misi | Visi | Objektif Korporat | Halatuju | Motto |
Dasar Kualiti

PROFAIL PMN SABAH

Latar Belakang

PMN Sabah mula ditubuhkan pada 1 April 1966. Sejak dari awal penubuhannya, PMN Sabah telah beroperasi di beberapa bangunan yang di sewa di sekitar bandar Kota Kinabalu. Pada permulaannya PMN Sabah telah beroperasi di tingkat 1 & 2, bangunan rumah kedai di Kampung Air hingga tahun 1976, kemudian berpindah ke Bandaran Berjaya. Pada tahun 1979 PMN Sabah telah berpindah pula ke bangunan rumah kedai di Kompleks Sinsuran Kota Kinabalu hingga tahun 1981 dan akhir sekali ke tingkat 1, 2 dan 4 Bangunan Bank Negara, Kota Kinabalu hingga 15 Jun 2008. Mulai 16 Jun 2008, PMN Sabah akan memulakan operasinya di Bangunan Singgahmata, Asia City, Kota Kinabalu.

Dahulu
Bangunan Bank Negara

Sekarang
Bangunan di Jln Singahmata


Bagi memastikan aktiviti membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dapat dilaksanakan dengan lancar, maka sebanyak 10 buah PMD telah ditubuhkan di seluruh negeri Sabah. Ini bertujuan mempastikan perkhidmatan MARA kepada masyarakat dapat disampaikan secara yang lebih efektif dan masyarakat boleh mendapatkan perkhidmatan MARA di daerah masing-masing.

Selaras dengan pelancaran Pembangunan Wilayah Ekonomi dan pembangunan projek-projek impak tinggi oleh Kerajaan, MARA sedang berusaha mengenalpasti dan mempastikan projek-projek yang boleh disampaikan oleh MARA kepada masyarakat mengikut strategi wilayah dan kluster yang telah ditetapkan.

Misi

Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan

Visi

Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa. 

Penekanan kepada visi ini ialah :-

menjadi pemegang amanah ekuiti
menjadi penggerak dan pemangkin yang aktif
menjadi pusat jaringan dan rangkaian perusahaan & perdagangan
menjadi pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan
menjadi organisasi pemikir

Objektif Korporat

Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera menyertai dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Halatuju

MARA Sabah mempunyai impian untuk menjadi Pejabat MARA Negeri cemerlang dan berada dalam kelompok tiga (3) terbaik di Malaysia. Oleh sebab itu, pengurusan MARA Sabah telah menggariskan hala tuju berikut yang selari dengan tujuan penubuhan MARA, iaitu :-

memperbanyakkan pemilikan ekuiti MARA di negeri Sabah dengan pembelian Bangunan dan Infrastruktur Perniagaan.
mempromosi dan memproses pembiayaan mengikut piawaian yang ditetapkan.
menjadi pusat informasi dan rujukan dengan layanan mesra pelanggan.
menjadi organisasi yang proaktif dengan kehendak pelanggan semasa.

Motto

"Insan Cemerlang Teras Kualiti"

Dasar Kualiti

Seperti yang termaktub dalam moto MARA Sabah iaitu "Insan Cemerlang Teras Kualiti" maka dasar kualiti MARA Sabah antara lainnya menekankan beberapa aspek berikut:-

memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan luar dan dalam
menepati janji yang telah termaktub dalam piagam pelanggan.
mempastikan sasaran yang telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat MARA dapat dicapai.

 

 

Copyright © 2008 Pejabat MARA Negeri Sabah
Tarikh Akhir Kemaskini : 15 Jun 2008