MENU
Laman Utama
Profail
Makluman
:: Berita Terkini
:: Hebahan Awam
:: Hebahan Staf
Aktiviti Utama
:: PUSMA
:: Pembiayaan Perniagaan
:: Premis Perniagaan
:: Kerjaya
Khidmat Sokongan
  :: Pentadbiran
  :: Kawalan Kredit
  :: Khidmat Teknikal
PMD
Rekod Pencapaian
Hubungi Kami
   
 


SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB MARA SABAH
KOTOBIAN DO KINOIKATAN DOID UVANG WEB MARA SABAH

MARA adalah sebuah agensi Kerajaan khusus untuk meningkatkan taraf sosioekonomi kaum Bumiputera. Selama diwujudkan, ia terkenal sebagai sebuah agensi yang terulung bagi pembangunan tenaga pekerja mahir Bumiputera disamping berjaya melahirkan ramai cerdik pandai Bumiputera dalam pelbagai bidang. Selain itu, program pembangunan usahawan MARA juga telah berjaya mewujudkan ramai usahawan kecil Bumiputera.

Bagi mempastikan aktiviti MARA sampai kepada masyarakat Bumiputera di seluruh negara, maka sebuah Pejabat MARA Negeri (PMN) telah diwujudkan di setiap negeri di Malaysia. Sebanyak 14 buah PMN telah ditubuhkan di bantu oleh lebih 100 buah Pejabat MARA Daerah (PMD) di segenap pelusuk negara. Tambahan kepada itu terdapat berpuluh-puluh buah Institusi Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kolej MARA (KM), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Giat MARA dan lain-lain yang diwujudkan khusus bagi menjayakan aktiviti-aktiviti latihan dan pendidikan MARA.

Laman web ini telah dibangunkan bagi memberi maklumat kepada masyarakat keseluruhannya dan terutamanya kepada masyarakat di negeri Sabah, tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PMN Sabah serta peluang-peluang yang boleh diperolehi hasil dari perkhidmatan yang ditawarkan. Semoga laman web ini dapat membantu masyarakat bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dan seterusnya hadir ke pejabat-pejabat MARA yang berdekatan bagi berurusan serta mendapatkan perkhidmatan dan maklumat lanjut.

 

Copyright © 2008 Pejabat MARA Negeri Sabah
Tarikh Akhir Kemaskini : 15 Jun 2008