Misi

Menambah dan meningkatkan bilangan golongan bumiputera yang berdaya saing dan berdaya tahan dalam semua sektor khususnya dalam sektor keusahawanan

Visi

Menjadi tempat rujukan dan bantuan kepada golongan bumiputera khususnya usahawan dalam usaha membela dan mempertingkatkan status ekonomi masyarakat bumiputera supaya setaraf dengan masyarakat lain.

Objektif

i.                    Melahir dan membantu usahawan-usahawan bumiputera untuk bergiat secara aktif dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

ii.         Membantu dan melahirkan pelajar-pelajar bumiputera yang berkualiti dalam sektor pendidikan dan kemahiran.

 

 

Piagam Pelanggan

 

i.                    Pembangunan Usahawan

-        Melaksanakan bimbingan dan kursus pembangunan usahawan dalam usaha melahir dan membangunkan usahawan dengan lebih cekap dan berkualiti.

 

ii.         Pembangunan Infrastruktur Perniagaan

-        Menyedia ruangniaga dengan kadar sewa yang berpatutan dengan kemampuan usahawan bumiputera.

-        Menyelenggara semua premis perniagaan yang disewa dengan baik dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.

-        Menangani semua aduan kerosakan premis dengan kadar segera dan tidak melebihi tempoh 7 hari.

 

iii.        Pembiayaan Perniagaan

-        Meluluskan permohonan pembiayaan dalam tempoh 30 hari di peringkat negeri dan tidak melebihi 35 hari di peringkat Ibu Pejabat.

-        Mengeluarkan wang pembiayaan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penyempurnaan dokumen perjanjian.

 

iv.        Latihan / Kerjaya

-        Memproses dan mengeluarkan pendahuluan pinjaman dalam tempoh 7 hari daripada tarikh permohonan.

-        Melaksanakan program-program berbentuk sokongan moral dan akademik dan peluang-peluang kerjaya kepada pelajar-pelajar bumiputera.

v.         Kawalan Kredit

-        Membuat pemantauan secara berkesan dan adil kepada semua pelanggan-pelanggan MARA.

-        Mencari jalan penyelesaian yang tebaik dan memberi ruang yang secukupnya kepada pelanggan dalam usaha menyelesaikan tuntutan MARA

 

vi.        Pentadbiran

-        Memberi perkhidmatan kaunter yang cekap dan mesra kepada pelanggan

-        Menyediakan kemudahan-kemudahan yang secukupnya untuk keperluan anggota kerja MARA.

-        Melayani semua aduan dan menyelesaikan permasalah yang timbul dengan lebih cekap dan adil.

-        Menguruskan semua pembayaran bil dalam tempoh 21 hari.

 

Moto

 

            MARA Cemerlang, Khidmat Gemilang, Usahawan Terbilang.

 

               Kualiti Cemerlang     -           melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan kualiti yang terbaik.

               Khidmat Gemilang    -           Berdasarkan kualiti tebaik (cemerlang), maka akan wujudlah khidmat yang gemilang dapat disalurkan kepada pelanggan-pelanggan.

               Usahawan Terbilang -           melahirkan bilangan usahawan yang berkualiti
 dan berdaya saing.

 

 

<<< kembali>>>