PERUTUSAN PENGARAH

 

 

 

 

 

 

 

RAMLI BIN DERAMAN

PENGARAH MARA NEGERI
ramlid@mara.gov.my

 

            Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana diberi kesempatanNya untuk merakamkan perutusan dalam Laman Web MARA Pulau Pinang.

 

               Teknologi maklumat sudah menjadi satu trend dan keperluan dunia masa kini, dimana dunia perdangan terbuka luas tanpa sempadan. Berikutan dengan kepesatan teknologi maklumat dan era globalisasi, ramai berlumba-lumba khususnya usahawan-usahawan untuk menguasai maklumat dan ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat menguasai kemajuan ekonomi setempat dan juga peringkat antarabangsa. 

 

                Bersesuaian dengan hal ini, kami mengambil peluang yang ada untuk menyebarkan maklumat-maklumat terkini berkenaan Pejabat MARA Negeri Pulau Pinang dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

 

                Akhir kata, saya berharap agar laman web ini akan terus dikemaskini dan dimuatkan dengan bahan-bahan ilmu pengetahuan yang terkini dan menarik mengenai isu-isu tempatan dan global. Saya juga berdoa agar usahwan Bumiputera khususnya di Pulau Pinang terus maju dan dapat bersaing bukan sahaja dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa.

 

______________________________________________________

Penafian:
Pihak MARA tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami akibat daripada penggunaan laman web ini.

Bagi mendapat paparan yang terbaik sila gunakan Microsoft Internet Explorer 6 ke atasdengan resolusi skrin 800 x 600 pixel.

 

 

Pautan Pantas

Pejabat MARA Negeri

 

 

 

Alamat Pusat MARA

Klinik Panel

Peta

Premis Perniagaan