URUSAN LATIHAN & BIMBINGAN USAHAWAN

 

 

PROGRAM USAHAWAN TEKNIKAL ( PUTEK )

 

Pendekatan yang bertujuan untuk membimbing dan menggalak bekas-bekas pelatih IKM/GIAT MARA dan lain-lain institusi latihan menyertai bidang perdagangan dan perindustrian.

  • Memberi tindakbalas yang positif kepada pembangunan setempat dalam memberi kemudahan kepada masyarakat setempat mendapat perkhidmatan yang terjamin dari kualiti dengan kos yang minima.

  • Menjadi Catalyst kepada aktiviti perniagaan setempat dan mengujudkan suatu atmosphera baru dalam aktiviti perniagaan di kawasan itu dan menarik lebih ramai perniagaan lain yang berurusan dengan projek ini dan mendapat faedah darinya.

  • Memberi peluang baru kepada belia bumiputera yang berkemahiran untuk menceburi diri dalam perniagaan. Ini dapat meningkatkan penglibatan bumiputera dalam sektor ini dan secara tidak langsung mempercepatkan pencapaian Dasar Pembangunan Nasional.
                 -  Perkhidmatan Servis Kereta
                    Motor/Motosikal        
                 -  Perkhidmatan Elektrik/Elektronik
                 -  Binaan
                 -  Perkhidmatan Jahitan
                 -  Kejuruteraan Mekanikal
                 -  Fotografi

Skim ini juga bertujuan untuk menyediakan kemudahan peralatan dan mesin kepada usahawan-usahawan

PUTEK ( mengikut konsep sewaan dan ambilalih ) bagi membantu mereka untuk memulakan perniagaan dalam bidang masing-masing.

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Telah mengikuti Program Latihan Pembentukan Usahawan Teknikal ( perlu ada sijil penyertaan latihan keusahawanan PUTEK  )
  • Telah mempunyai tapak/premis/bengkel perniagaan yang sesuai mengikut penilaian pihak MARA
  • Telah mempunyai syarikat yang telah didaftarkan sama ada dengan ROB atau ROC
  • Jenis peralatan adalah mengikut standart peralatan/mesin yang ditetapkan dan dinilai oleh pihak MARA
  • Usahawan mestilah mempunyai projek yang berdaya maju

PANDUAAN PENYEWAAN

  • Tempoh sewaan              -  5 tahun
  • Kadar sewaan bulanan     - RM 10. 00 bagi
                                             setiap
    RM 1,000.00
                                             nilai berlian 
                                             peralatan mesin.
  • Masa bernafas                -  2 bulan daripada
                                             tarikh peralatan/
                                             mesin dibekalkan,
                                             di pasang dan boleh
                                             digunapakai.
  • Deposit                           - 2 bulan mengikut
                                             kadar sewaan
                                             bulanan.
  • Kos senggaraan               - Atas tanggungan
                                             penyewa.
  • Perjanjian penyewaan       - Penyewa perlu
                                             menandatangani
                                             surat perjanjian
                                             penyewaan dengan
                                             pihak MARA
  • Ambilalih oleh Pemohon   - Pemohon boleh
                                             mengambilalih
                                             peralatan dengan
                                             harga yang di
                                             tetapkan dan di
                                             nilai oleh pihak
                                             MARA.

PANDUAN PROSES PERMOHONAN

  1. Isikan borang permohonan penyewaan peralatan yang disediakan dengan lengkap
  2. Hantarkan borang permohonan berkenaan ke Pejabat MARA  Negeri masing-masing ( u.p. Ketua PUSMA )
  3. Pejabat MARA Negeri akan memproses permohonan tersebut dan menghantar ke Ibu Pejabat untuk kelulusan
  4. Ibu Pejabat akan menilai, menganalisa dan membuat keputusan ke atas permohonan ini dan memaklumkan semula kepada MARA Negeri
  5. MARA Negeri akan memaklumkan kepada pemohon di atas keputusan Ibu Pejabat
  6. Sekiranya permohonan diluluskan MARA Negeri akan menguruskan perkara-perkara berikut :
  1. Pembelian dan pembekalan peralatan
  2. Surat tawaran kepada pemohon
  3. Surat perjanjian penyewaan MARA/usahawan
  4. Penyerahan peralatan/mesin kepada pemohon
  5. Susulan pemeriksaan peralatan/mesin di premis usahawan dari masa ke semasa.

PERHATIAN ! Untuk maklumat yang lebih terkini mengenai program PUTEK anda bolehlah menghubungi Pejabat MARA Negeri

 

<<<Kembali_______        ___________Seterusnya>>>

Penafian:
Pihak MARA tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami akibat daripada penggunaan laman web ini.

Bagi mendapat paparan yang terbaik sila gunakan Microsoft Internet Explorer 6 ke atasdengan resolusi skrin 800 x 600 pixel.

 

 

Pautan Pantas

Pejabat MARA Negeri

 

 

 

 

 

Alamat Pusat MARA

Klinik Panel

Peta

Premis Perniagaan