LATIHAN DAN KERJAYA

 

 

INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)
 

PROGRAM SEPENUH MASA
 

TAHAP SIJIL
 

MELAKA*JOHOR*KEDAH*PERAK*PERLIS

WILAYAH*SARAWAK*PAHANG PERSEKUTUAN*TERANGGANU

 

Program Latihan Kemahiran Tahap Sijil dilaksanakan bagi melatih Bumiputera dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran yang  melayakkan mereka berkhidmat dalam sector perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal-bakal usahawan.Latihan Kemahiran Tahap Sijil dilaksanakan di sepuluh buah Institusi Kemahiran MARA (IKM) yang terdapat di seluruh Malaysia. IKM yang ditubuhkan bermula pada tahun 1968 di Jasin, Melaka kini menawarkan berbagai kursus yang merangkumi bidang elektronik, elektrik, automotif, mekanikal, bangunan dan lain-lain lagi.

Terdapat 29 kursus sepenuh masa dikendalikan oleh IKM dan setiap IKM menarkan antara 4 hingga 16 kursus. Bidang yang diminati boleh dipilih mengikut kelayakan minima yang telah ditetapkan bagi setiap kursus. Tempoh latihan ialah selama 18 bulan (3 semester) kecuali bagi kursus-kursus tertentu.

 

PENGAJARAN DAN LATIHAN

 

Struktur latihan merangkumi  pengajaran teori disamping menekankan kecekapan praktik bagi menjamin mutu kemhiran setiap pelatih. Program dikendalikan oleh tenaga pengajar yang  berdedikasi terlatih serta berpengalaman. Peralatan yang digunakan bagi tujuan pembelajaran sentiasa bersesuaian dengan teknologi semasa.

 

KALENDAR LATIHAN
 

Dua semester latihan dijalankan setahun dengan setiap

semester mengandungi 6 minggu. Pada amnya pecahan

setiap pengajian ialah seperti berikut :

 

10 Minggu

Latihan

1 Minggu

Minggu Aktiviti

12 Minggu

Latihan

3 Minggu

Cuti Semester

 

KEMUDAHAN
 

Bergantung kepada IKM, kemudahan dan perkhidmatan

yang disediakan adalah seperti berikut :

  •  Asrama

  • Kemudahan sukan dan permainan/rekreasi

  • Perpustakaan

  • Kursus motivasi

  • Pusat media

BANTUAN PEMBIAYAAN
 

Pelatih yang berjaya masuk mengikuti kursus di Institusi Kemahiran MARA layak mendapat elaun sara hidup yang disediakan oleh MARA.

 

PROSPEK DAN KERJAYA
 

Lepasan IKM boleh memilih bekerja sama ada di sector swasta atau awam ataupun mewujudkan perniagaan dengan mengamalkan kemahiran yang dipelajari. Lepasan IKM juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.

 

PERMOHONAN DAN PENGAMBILAN
 

Pengambilan dibuat berdasarkan SPM/SPM (V) dan keperluan kelayakan minima kursus yang dipohon. Penawaran latihan dibuat 2 kali setahun iaitu diiklankan pada bulan September untuk sessi Januari dan diiklankan dalam bulan Mac untuk sesi Julai. Mereka yang berminat bolehlah memohon setelah tawaran melalui iklan dikeluarkan.

Borang permohonan boleh diperolehi daripada :

  • Bahagian Kemahiran MARA

  • Institut-institut Kemahiran MARA

  • Pejabat-pejabat MARA Negeri (PMN) dan Daerah (PMD)

Untuk keterangan lanjut hubungi :

  • Urusan Pelatih berkaitan pengambilan

  • Unit kurikulum berkaitan kursus

<<<Kembali_______           _____________Seterusnya>>>

Penafian:
Pihak MARA tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami akibat daripada penggunaan laman web ini.

Bagi mendapat paparan yang terbaik sila gunakan Microsoft Internet Explorer 6 ke atasdengan resolusi skrin 800 x 600 pixel.

 

 

Pautan Pantas

Pejabat MARA Negeri

 

 

 

Alamat Pusat MARA

Klinik Panel

Peta

Premis Perniagaan