LATIHAN DAN KERJAYA

 

 

INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)
 

TAHAP DIPLOMA

 

*KELANTAN*WILAYAH*JOHOR PERSEKUTUAN*SELANGOR*MELAKA

 

Program Latihan Kemahiran Tahap Diploma Teknologi dilaksanakan bagi pelatih bumiputera dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran yang melayakkan mereka berkhidmat dalam sector perdagangan, perusahaan dan perindustrian.Latihan Kemahiran Tahap Diploma Teknologi dilaksanakan di lima buah Institut Kemahiran MARA (IKM) yang terdapt di seluruh Malaysia. Program Diploma mula dijalankan di IKM Petaling Jaya dalam bidang Elektronik dan graduan daripada IKM tersebut dianugerahkan Higher National Diploma (HDN). Kini IKM menawarkan pelbagai kursus Tahap Diploma hasil dari usahasama diantara MARA dan UTM yang merangkumi bidang seperti elektronik, elektrik, automotif, mekanikal, bangunan dan lain-lain lagi. Terdapat 9 kursus sepenuh masa dikendalikan oleh IKM dan setiap IKM menawarkan antara 1 hingga 5 kursus. Bidang yang diminati boleh dipilih mengikut kelayakan minima yang telah ditetapkan bagi setiap kursus. Tempoh latihan ialah selama 36 bulan (6 semester).

 

PENGAJARAN DAN LATIHAN
 

Struktur latihan merangkumi pengajaran teori di samping menekankan kecekapan praktik bagi menjamin mutu kemahiran setiap pelatih. Program dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berdedikasi, terlatih serta berpengalaman. Peralatan yang digunakan bagi tujuan pembelajaran sentiasa bersesuaian dengan teknologi semasa.

 

KURIKULUM LATIHAN

 

Pelatih yang mengikuti latihan di IKM dimestikan mengikut kurikulum latihan yang telah ditetapkan. Kurikulum latihan kursus diploma adalah terdiri daripada subjek wajib UTM, subjek kemahiran, subjek kejuruteraan, subjek pengurusan dan lain-lain subjek yang berkaitan dengan bidang kursus yang diikuti. Pelatih adalah diwajibkan melibatkan diri dalam salah satu aktiviti kurikulum seperti kelab, persatuan, pertubuhan, badan beruniform, sukan dan aktiviti kemasyarakatan. Pelatih juga diwajibkan menjalani Latihan Industri (LI) di semester terakhir untuk melengkapkan latihan serta mendedahkan pelatih kepada suasana di industri.

 

KALENDAR LATIHAN

 

Dua semester latihan dijalankan setahun dengan setiap semester mengandungi 26 minggu. Pada amnya pecahan setiap semester pengajian adalah seperti berikut :

 

10 Minggu

Latihan/Penilaian

1 Minggu

Minggu Aktiviti

12 Minggu

Latihan/Penilaian

3 Minggu

Cuti Semester

 

KEMUDAHAN

 

Bergantung kepada IKM, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut :

  • Asrama

  • Kemudahan sukan dan permainan/rekreasi

  • Perpustakaan

  • Kursus motivasi

  • Pusat media

  • Surau & Kantin

BANTUAN PEMBIAYAAN


Pelatih yang berjaya masuk mengikuti latihan di Institut Kemahiran MARA layak mendapat elaun sara hidup yang disediakan oleh MARA

 

PENGANUGERAHAN
 

Pelatih yang telah tamat mengikuti kursus dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi dalam bidang yang berkaitan. Diploma Teknologi akan dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

 

PROSPEK DAN KERJAYA
 

Graduan IKM berpeluang bekerja di sector swasta iaitu di industri-industri atau syarikat-syarikat perunding. Lepasan IKM juga berpeluang untuk menyambungkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.

 

PERMOHONAN DAN PENGAMBILAN

  1. Pengambilan dibuat berdasarkan SPM/SPM (V) dan keperluan kelayakan minima kursus yang dipohon

  2. Penawaran latihan dibuat dua kali setahun iaitu diiklankan pada bulan September untuk sesi Januari dan diiklankan dalam bulan Mac untuk sesi Julai

  3. Mereka yang berminat bolehlah memohon setelah tawaran dibuka melalui iklan yang dikeluarkan. Borang permohonan boleh diperolehi daripada :

  • Bahagian Kemahiran MARA 

  • Institut-institut Kemahiran MARA (IKM)

  • Pejabat-pejabat  MARA Negeri (PMN) dan                Daerah (PMD)              

    4.     Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

  • Urusan pelatih berkaitan pengambilan

  • Urusan Kurikulum berkaitan kursus

<<<Kembali_______           ____________Seterusnya>>>

Penafian:
Pihak MARA tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami akibat daripada penggunaan laman web ini.

Bagi mendapat paparan yang terbaik sila gunakan Microsoft Internet Explorer 6 ke atasdengan resolusi skrin 800 x 600 pixel.

 

 

Pautan Pantas

Pejabat MARA Negeri

 

 

 

Alamat Pusat MARA

Klinik Panel

Peta

Premis Perniagaan