MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
MARA NEGERI SEMBILAN
Copyright 2008-2009. All Rights Reserved. maraN9 .com
Assalamulaikum w.b.t.
Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana diberikan kesempatanNya untuk merakam perutusan dalam Laman Web MARA Negeri Sembilan.
Masyarakat memerlukan perkhidmatan yang cemerlang, amanah, komited, telus, prihatin, mesra, positif, kreatif daripada perkhidmatan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan.
Di atas keperluan ini, kepimpinan negara memberikan penekanan supaya agensi-agensi kerajaan dapat memenuhi tuntutan masyarakat ini dengan sentiasa menitikberatkan kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan.
Dalam konteks ini, MARA juga tidak sewajarnya terpinggir daripada arus perdana ini dalam memberikan perkhidmatan yang profesional kepada kaum Bumiputra. Ianya merupakan pemangkin bagi membantu kaum Bumiputra mampu bersaing seiring dengan perubahan ke era globalisasi.
Akhir kata, kami warga MARA Negeri Sembilan akan sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan cemerlang yang akhirnya mampu membawa kaum Bumiputra berdaya saing bukan sahaja di dalam negara malahan diperingkat antarabangsa.
Sekian, wassalam.
Abdullah bin Mohamad
Pengarah MARA Negeri
Negeri Sembilan