KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU
               TAHUN 2006 Maktab Rendah Sains MARA

 

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) Mempelawa  pelajar-pelajar Tahun Enam untuk  kemasukan ke Tingkatan Satu bagi tahun 2006 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Semenanjung Malaysia

1.    SYARAT KELAYAKAN

1.1 Warganegara Malaysia
1.2 Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia:

    a) BUMIPUTRA TAHUN ENAM
    b) BUKAN BUMIPUTRA Tahun Enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.

1.3 Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2006.

2. CARA MEMOHON
2.1    Pemohon hendaklah datang sendiri ke PEJABAR MARA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR /NEGERI atau DAERAH yang berdekatan untuk
         mendapatkan borang permohonan bermula pada hari keputusan UPSR 2005 di umumkan secara rasmi.
2.2     Pemohon hendaklah membawa bersama Salina Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2005 yang telah disahkan semasa membeli borang.
2.3    Bayaran sebanyak RM 5.00 (RM Lima Ringgit) boleh di buat secara tunai atau dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA)  

3.    TARIKH TUTUP  JUALAN  BORANG
Tarikh Tutup jualan Borang permohonan adalah 10 hari bekerja selepas keputusan UPSR di umumkan secara rasmi

4.    TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan ke alamat di bawah tidak lewat dari 3 hari bekerja selepas tarikh tutup jualan borang permohonan.

Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)
Tingkat 19,Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

 

5.PERINGTAN
5.1 Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan di pertimbangkan.
5.2 Permohonan yangtidak lengkap atau lewat di terima daripada tarikah tutup akan di tolak.
5.3 Selain daripada syarat kelayakan,keutamaan akan di berikan kepada calon yang:
        a)    Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan,sukan dan permainan,kelab dan persatuan serta psukan pakaian seragam.
        b)    Berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah dari sekolah pendalaman,luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
5.4 Pemohon yang di tawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP,SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
5.5 Pemohon yang berjaya sahaja akan di hubungi.Sekirannya tiada jawapan yang di terima sehingga 30April 2006 permohonan di anggap tidak berjaya.
5.6 Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah di tetapkan oleh MARA.
5.7 Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Pemgambilan Pelajar MRSM adalah muktamad