|
- Melahirkan dan memajukan
usahawan bumiputera yang berdaya maju dan mantap.
|
LATIHAN DAN KURSUS
PERNIAGAAN
|
Maklumat Ringkas
Program
Bahagian Latihan & Bimbingan Usahawan bertujuan untuk mewujudkan
usahawan-usahawan baru serta mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta
keupayaan pengurusan usahawan Bumiputera melalui latihan keusahawan, bimbingan,
khidmat nasihat, bantuan dan galakan supaya mereka menjadi usahawan tulen yang
berkualiti dan berupaya mengurus projek-projek perdagangan dan perindustrian
kecil dan sederhana yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.
Fungsi Menguruskan
perkhidmatan kepakaran dalam perakaunan, taknikal dan pengurusan kepada
projek/program yang diwujudkan.
- Mengadakan kemudahan
bimbingan keusahawanan ke arah menambah dan mempertingkatkan tahap usahawan.
- Memberi khidmat nasihat
kepada usahawan dan bakal-bakal yang akan dan sedang menjalankan projek-projek
tertentu.
- Mengadakan pakar runding
untuk membantu usahawan-usahawan yang bermasalah.
- Memberi kemudahan asas
kepada bakal usahawan yang mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan
(Inkubator).
- Menguruskan Pusat Sumber
Maklumat Projek (projek-projek profile).
Latihan Keusahawan Memberi
khidmat latihan kesedaran, pengetahuan dan panduan kepada bakal usahawan serta
meningkatkan tahap usahawanan dan pengurusan kepada usahawan sedia ada melalui
kursus - kursus berikut :-
- Pengwujudan Latihan
Pembangunan Usahawan (LPU)
- Latihan Motivasi
Pencapaian ( LMP ) [ 7Hari ] - LPU 1
- Latihan Pendedahan
Pengurusan Perniagaan ( LPPP ) [ 14 Hari ] - LPU 2
- Pendedahan Kecekapan
- Pendedahan Pengurusan
Perniagaan
- Penyesuaian Individu
Dengan Projek
- Kerja Luar
- Latihan Sambil Kerja ( LPU
3 ) - [ 60 Hari]
- Rancangan Perniagaan ( LPU
4 ) - [ 3 Hari ]
- Kertas Kerja Projek
- Persembahan Kertas
Kerja
- Projek Kepada MARA Dan
Bank
- Peningkatan
Pengurusan
- Perakaunan
- Pengeluaran
- Pemasaran
- Latihan Pembangunan
Usahawan Sepadu (LPUS)
- Pemborong Binaan
- Pendawaian Bangunan [
Telekom / TNB ]
- Seminar/Dialog
- Latihan Sambil Kerja
- Sampingan Skim Latihan
Kakitangan Kerajaan
Seminar / Kursus Bersama Agensi Luar.
- Syarat Kelayakan Umur 21
hingga 45 tahun.
- Berpotensi sebagai
usahawan
- Bekas kakitangan kerajaan
/ swasta
- Belia lepasan SPM / SPVM /
IKM / STPM / Diploma / Ijazah
- Lulus Ujian Sikap (
Aptitude Test ) dan Temuduga
Cara Memohon Berhubung
dengan Pejabat MARA di peringkat Negeri
Khidmat Pakar Runding Memberi khidmat perunding kepada
usahawan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh perusahaan mereka supaya
dapat beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan
a) Bidang
Keutamaan ialah :- Projek - projek pembuatan.
b) Jenis Perkhidmatan
:
c) Syarat Kelayakan
i) Perniagaan
persendirian / perkongsian atau syarikat bertaraf bumiputera. ii) Telah
menjalankan perniagaan selama 1 tahun atau lebih dan mempunyai pendaftaran
perniagaan . iii) Status perniagaan yang stabil dan berdaya maju . iv)
Modal berbayar sekurang- kurangnya RM 30,000.00 atau 20 % daripada kos projek
yang mana lebih rendah.
Promosi Pemasaran Skim ini bertujuan untuk
membantu usahawan Bumiputera dalam meningkat dan memperluaskan pasaran barangan
keluaran yang disedia ada di pasaran. Bumiputera. Perkhidmatan yang disediakan
adalah saperti berikut :
i) Menyedia dan mengadakan
"contoh" pelabelan dan rekabentuk pembungkusan produk.
ii) Mengadakan,
menganjur dan menyertai pertunjukan ekspo/pameran perdagangan untuk tujuan
promosi dan penjualan barangan.
iii) Mengadakan acara/majlis penjualan
di sesuatu tempat secara berkala diikuti dengan tawaran dan perundingan
perniagaan antara pengeluar dan pengedar/peruncit.
iv) Menyediakan
perkhidmatan pengiklanan bagi produk atau perkhidmatan melalui poster,
brochure/profil produk, akhbar atau lain-lain media cetak dan letronik.
v) Mengadakan aperkhidmatan promosi kepada penyewa-penyewa promis
perniagaan MARA atau kawasan Industri MARA (KIM) melalui pengiklanan, poster,
brochure atau pameran perdagangan termasuk jualan bermusim di premis tersebut.
iv) Mengadakan lawatan ke premis perniagaan/perusahaan yang dimiliki
oleh usahawan yang berjaya.
Kumpulan Sasar :
i) Usahawan
Bumiputera yang kurang/tidak mempunyai pengetahuan teknikal dalam bidang
pelabelan dan pembungkusan ii) Usahawan Bumiputera yang berpotensi dan
berdayamaju serta boleh menerima pembaharuan iii) Usahawan Bumiputera yang
ingin meningkatkan tahap kemajuan perniagaan/perusahaan dari semasa kesemasa
untuk pasaran tempatan atau pasaran eksport.
Back to
Top
Pengenalan Am MAJLIS MARA
dalam mesyuaratnya yang ke 177 pada 26.06.1990 telah meluluskan pewujudan dan
perlaksanaan Skim Kemudahan Gunasama Perniagaan (Inkubator) untuk meluaskan lagi
skop dan aktiviti bimbingan dan latihan kepada masyarakat Bumiputera dalam
bidang perniagaan dan perusahaan. Skim ini berteraskan penglibatan MARA dalam
mewujudkan Pusat-pusat inkubator MARA seluruh negara khusus untuk menyediakan
kemudahan bimbingan kepada usahawan-usahawan yang baru memulakan
perniagaan.
Konsep Permohonan-permohonan yang
berjaya dipilih untuk menyertai skim ini akan ditempat di pusat-pusat inkubator
yang terdapat di negeri-negeri dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Mereka
akan disediakan denagn kemudahan pejabat secara berkongsi atau gunasama,
disamping diberikan latihan-latihan perniagaan tertentu untuk membolehkan mereka
memulakan perniagaan sehinggalah kesatu peringkat dimana mereka mampu untuk
berdikari bagi meneruskan perniagaan masing-masing ditempat yang baru. Oleh itu
konsep skim ini adalah berpandukan kepada:
- Kemudahan digunakan secara
gunasama untuk sementara waktu sahaja.
- Pusat Inkubator digunakan
sebagai pejabat resmi perniagaan.
Objektif Skim ini diwujudkan bertujuan
:
- Melahirkan
usahawan-usahawan baru yang berjaya dalam sesuatu bidang perniagaan.
- Membantu kumpulan
usahawan-usahawan baru dalam memulakan perniagaan denagn kos 'overhead' yang
rendah.
- Memberi latihan dan
input-input pengurusan perniagaan bagi meningkatkan pengetahuan
peserta-peserta.
- Membimbing dan melatih
mereka membina asas/tapak perniagaan sebelum mereka mula berdikari.
Takrif Pusat Inkubator Pusat Inkubator
merupakan sebuah pusat bimbingan untuk membantu usahawan-usahawan baru memulakan
perniagaan. Pusat ini berbentuk sebuah pejabat perniagaan yang dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan asas pejabat seperti kerusi/meja, telefon, dan faks,
komputer , bilik rundingan dan sebagainya.
Kumpulan Sasaran Skim ini adalah
dikhaskan kepada bakal-bakal usahawan yang berminat menceburi bidang perniagaan
dan perusahaan. Tidak ada kelayakan akedemik tertentu yabg disyaratkan kepada
peserta-peserta. Oleh itu skim ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin
menyertainya asalkan ia memenuhi syarat-syarat kelayakan. Namun begitu diberi
keutamaan diberi kepada bakal-bakal usahawan seperti berikut:
-
Peserta-peserta yang telah mengikuti program Latihan Pembentukan
Usahawan MARA (LPU) atau lain-lain program keusahawanan yang dianjurkan oleh
agensi-agensi lain seperti MEDEC dsb.
-
Kakitangan
kerajaan yang telah mengikuti kursus C&D.
-
Kumpulan
Siswazah yang tamat pengajian dan ingin menjadikan bidang 'keusahawanan' sebagai
kerjaya mereka.
-
Orang-orang
perseorang yang mempunyai pengalaman bekerja di syarikat-syarikat Swasta dan
Badan-badan kerajaan yang telah bersedia untuk menamatkan perkhidmatan dan
menceburu bidang perniagaan.
Peserta Tetap:
Peserta Tetap
Inkubator diberi tempoh selama 1 tahun untuk menyewa di Pusat Inkubator. Bayaran
akan dikenakan sebanyak RM 300.00 (akan dikembalikan) untuk bayaran deposit,
yuran penyertaan sebanyak RM 100.00 dan sewa bulanan RM 50.00 selama 12
bulan.
Peserta Sambilan:
Peserta
Sambilan Inkubator diberi tempoh selama 1 tahun untuk menyewa di Pusat
Inkubator. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 250.00 (akan dikembalikan) untuk
bayaran deposit dan yuran penyertaan sebanyak RM 50.00.
Kelayakan Memohon:
Seorang
Bumiputera atau syarikat bertaraf bumiputera
Berumur 21
50 tahu
Tidak
mempunyai pejabat perniagaan
Berminat
menjadi usahawan dan mempunyai cirri-ciri keusahawanan.
Mempunyai
projek atau perniagaan yang hendak dijalankan.
Mempunyai
keupayaan kewangan untuk membiayai kos-kos perkhidmatan bulanan yang
digunakan.
Mempunyai
daftar perniagaan
Jenis Perniagaan:
Bidang
perkhidmatan seperti import/eksport, perkhidmatan courier, khidmat pengurusan
dan perundingan, agen pemasaran dan pengiklanan, pembekalan dan pengedaran
barangan, khidmatan senggaraan bangunan, cuci pejabat, khidmat senggaraan
elektrik dan lain-lain perniagaan yang berkaitan yang dikategorikan bidang
perkhidmatan.
Projek
pengeluaran dan perusahaan kecil dalam industri-industri tertentu seperti
industri makanan, perabot, francais dan sebagainya. Usahawan-usahawan dalam
kategori ini mestilah mempunyai projek sendiri yang hendak diwujudkan dimana
kegiatan mereka di pusat ini nanti hanyalah tertumpu kepada aktiviti-aktiviti
merancang dan membuat kerja-kerja penyelidikan serta persiapan bagi menubuh dan
mewujudkan projek berkenaan sehinggalah projek tersebut bersedia untuk
dilancarkan dan dilaksanakan.
Back To
Top
|
PUSAT PROMOSI & JUALAN
PRODUK (PROSIMA)
|
Tujuan Tujuan Pusat PROSIMA ini untuk
mempromosikan, mempamerkan dan menjual produk perniagaan usahawan
Bumiputera. Pusat ini dikendalikan oleh usahawan terpilih untuk 3 bulan atau
satu tempoh yang ditetapkan oleh MARA.
Latarbelakang Pusat ini merupakan satu
unit yang berfungsi di bawah PUSMA yang mana skop aktivitinya merupakan Program
Promosi Pemasaran BBU. Pusat ini berperanan dan bertujuan untuk mempamerkan,
memperkenalkan dan menjual barangan dan perkhidmatan keluaran Bumiputera yang
mempunyai potensi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa kepada orang
ramai.
Di antara fungsi Pusat ini
ialah:
- Mempamerkan kelauaran
produk Bumiputera khasnya pelanggan MARA seperti bekas peserta kursus, penerima
pembiayaan dan penyewa Premis Perniagaan MARA.
- Mempromosikan
produk-produk usahawan Bumiputera melalui penyebaran risalah, katalog, brosur,
kad perniagaan dan lain-lain maklumat bercetak.
- Mengadakan hubungan dengan
agensi penyiaran/elektronik bagi menyebarkan dan menghebahkan profil mengenai
keluaran produk-produk usahawan Bumiputera.
- Mempamerkan bahan-bahan
bercetak mengenai maklumat-maklumat Program Promosi Pembangunan Usahawan di
bawah MARA.
Tempat Lokasi Pusat Promosi dan Jualan MARA
negeri Sembilan (PROSIMA) ini ialah di Lot A-1, Arked MARA Jalan Tuanku Munawir,
Seremban.
Cara
Perlaksanaan
-
MARA akan
menyebarkan maklumat mengenai penubuhan pusat ini kepada para usahawan
Bumiputera yang berminat untuk menyertai program ini.
-
Peseta akan
dibenarkan untuk membuat promosi dan jualan produk keluaran mereka dirak pameran
yang disediakan.
-
Peserta
dikehendaki mempamerkan produk-produknya dengan baik dan berkualiti terutamanya
dari aspek pembungkusan, perlabelan, citarasa, mutu, rupabentuk, susun atur dan
sebagainya yang boleh diterima oleh pasaran terbuka.
-
Peserta
akan membuat promosi ini selama 3 bulan atau tempoh yang dipesertujui dengan
pihak MARA dan selepas tamat tempoh tersebut peluang akan diberikan kepada
usahawan lain untuk mempromosikan dan menjual produk mereka.
-
Peserta
dikenakan kadar sewa sebanyak RM 350.00 sebulan. Sewa yang akan dikenakan
tersebut adalah untuk menampung kos penyelenggaraan Pusat Promosi
tersebut.
-
Peserta
yang ingin membuat jualan barangan di pusat ini perlu mengadakan stok barang
yang mencukupi dan promosi jualan perlu dibuat dari masa ke semasa sepanjang
tempoh penyertaan.
Pembungkusan & Pelabelan:
Menyediakan
contoh rekabentuk untuk pelabelan & pembungkusan bagi sesuatu produk yang
baru atau memperbaiki pelabelan/pembungkusan bagi produk keluaran bumiputra yang
sediada di pasaran dengan menggunakan khidmat pakar perundingan MARA sekiranya
kos perkhidmatannya melebihi RM 1,000.00 bagi sesuatu aktiviti.
Ekspo/Pameran Perdagangan:
Mengadakan
& menganjurkan ekspo/pameran perdagangan secara static yang disertai oleh
usahawan-usahawan tempatan untuk mempromosikan barangan/produk
keluarannya.
Menaja
usahawan-usahawan bumiputra untuk menyertai ekspo/pameran perdagangan samada
ianya dianjurkan oleh agensi kerajaan atau swasta bagi tujuan promosi produk.
Ekspo/pameran perdagangan ini dijalankan jua oleh pegawai di peringkat Ibu
Pejabat (BBU) disamping MARA Negeri.
Pengiklanan:
Memberi
perkhidmatan pengiklanan kepada usahawan bukiputra melalui pengeluaran poster,
brosur, catalog produk, risalah, papantanda, sepanduk dan lain-lain mediacetak
samada elektronik atau bukan elektronik.
Penyelidikan pemasaran:
Penyelidikan
pasaran boleh dijalankan dengan menggunakan khidmat pakar perundingan MARA untuk
tujuan mendapatkan majklumat mengenai saiz pasaran, syer pasaran atau permintaan
pasaran bagi sesuatu produk baru atau yang sedia ada di pasaran. Penyelidikan
pasaran ini boleh dijalankan melalui kaedah temuduga, tinjauan, soalselidik,
contoh produk dan lain-lain lagi untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.
Dengan adanya maklumat ini maka usahawan akan dapat merancang, melaksanakan dan
mengawal aktiviti pemasarannya dengan lebih berkesan.
Lawatan Perniagaan:
Menaja
usahawan-usahawan untuk ke premis-premis perniagaan, pusat-pusat
pameran/maklumat, kilang perusahaan, pusat jualan dan lain-lain tempatan untuk
pendedahan, menjalinkan hubungan perniagaan dan meningkatkan
pengetahuan.
Misi
Perdagangan:
Menaja
beberapa orang usahawan untuk serta dalam misi perdagangan ke luar negeri samada
dianjurkan sendiri oleh MARA atau agensi-agensi kerajaan atau swasta untuk
tujuan promosi dan pendedahan.
Kajian dan Membaiki Rekabentuk Pembungkusan:
Membuat
kajian dan membaiki rekabentuk pembungkusan untuk mana-mana produk usahawan
merupakan satu langkah yang bijak demi mencapai kemajuan usahawan-usahawan
bumiputra.
JUSTIFIKASI
KEWUJUDAN PROSIMA
- Pusat ini untuk memberi
peluang kepada usahawan MARA mempromosikan serta membuat jualan produk-produk
keluaran.
- Penubuhan Pusat Promosi
ini di Aked MARA akan dapat membantu menarik pelanggan ke ruang niaga lain yang
terdapat di arked MARA sekaligus menambah keceriaan di premis perniagaan
MAR
Back To
Top
|
PEMBENTUKAN USAHAWAN
TEKNIKAL (PUTEK)
|
Objektif PUTEK diwujudkan bertujuan untuk
membantu usahawan-usahawan baru membina asas/tapak perniagaan dan seterusnya
membimbing mereka memajukan perniagaan masing-masing untuk satu tempoh masa
tertentu sehingga mereka mampu untuk berdikari dan menguruskan
sendiri.
MISI Misi utama
Bahagian Penilaian & Kaunseling Usahawan dalam melaksanakan program ini
ialah untuk menjadikannya sebagai satu program yang cemerlang dan berkualiti
dalam meningkatkan penyertaan usahawan-usahawan teknikal dalam bidang
perniagaan. Misi ini akan dilaksanakan dengan cara :
- Melengkapkan usahawan
dengan pengetahuan dan kemahiran perniagaan serta memberi mereka bimbingan yang
brterusan dibidang teknikal, pengurusan, pemasaran, kewangan, perundingan dan
sebagainya.
- Melengkapkan
bengkel-bengkel perniagaan usahawan dengan alat kelengkapan dan mesin asas yang
sesuai supaya mereka dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan berdaya saing
dalam pasaran.
- Memantau perkembangan
projek yang dijalankan oleh usahawan-usahawan berkenaan dalam satu tempoh
tertentu dan memastikan mereka boleh bersaing dan berdikari.
FUNGSI PUTEK mempunyai fungsi dan peranannya sendiri dalam membantu
usahawan-usahawan teknikal memulakan perniagaan. Diantaranya ialah:
-
Menyediakan
satu persekitaran perniagaan yang sebenar dan kondusif supaya idea-idea projek
yang hendak dijalankan dapat dimajukan dengan berkesan dan mudah.
-
Menyediakan
ruang kerja teknikal yang mencukupi dan peralatan yang sesuai bagi membolehkan
usahawan menjalankan projek masing-masing.
-
Membantu
menyediakan Rancangan Perniagaan (RP) yang komprehensif kepada setiap peserta
supaya mereka dapat membuat persiapan dan menyediakan keperluan perniagaan
masing-masing.
-
Mengkaji
masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap peserta semasa mereka menjalankan
perniagaan dan memberi cadangan bagi mengatasinya.
-
Sentiasa
menyalurkan bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh peserta dari masa ke
semasa khususnya apabila mereka berhadapan dengan situasi yang rumit, supaya
mereka sentiasa diberi panduan ke arah mengatasi masalah berkenaan.
-
Mewujudkan
satu rangkaian perniagaan yang mantap sama ada sesama peserta sendiri mahupun
dengan pihak-pihak luar yang mempunyai hubungan perniagaan dengan
mereka. Memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada peserta-peserta yang
telah berjaya mengikuti program ini.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran PUTEK
mengikut keutamaan adalah seperti berikut :
- Lepasan IKM, GiatMARA,
MFI, BMI, FITEC dan lain-lain program Kemahiran yang dianjurkan oleh
MARA.
- Lepasan institusi teknikal
kerajaan seperti IKBN, Bekas Tentera/Polis dan lain-lain dan lepasan institusi
teknikal swasta.
- Lepasan siswazah yang
mempunyai latar belakang teknikal dalam bidang masing-masing.
- Orang perseorangan yang
mempunyai kekompetenan dalam bidang kemahiran masing-masing sama ada melaui
program-program "apprenticesships" atau pengalaman kerja yang boleh disahkan
oleh pihak-pihak tertentu
Program latihan Pembentukan Usahawan Teknikal
(PUTEK)
Program latihan yang akan
dikendalikan dalam program PUTEK ini adalah merupakan salah satu komponan utama
dalam pakej yang disediakan. Ianya merupakan fasa pertama (1) dalam perlaksanaan
pakej tersebut dimana peserta-peserta perlu mengikuti semua modul yang terdapat
dalam program latihan ini terlebih dahulu sebelum mereka diberi pertimbangan
untuk ditawarkan kemudahan-kemudahan yang alain yang terdapat dalam pakej
berkenaan.
Perlaksanaan Program PUTEK:
Had minima dan maksima untuk
membiayai pembelian dan penyewaan peralatan dan mesin di bawah skim ini ialah
diantara RM 3,000.00 RM 50,000.00. Peratiran ini adalah untuk jenis
aperniagaan yang disenaraikan di bawah program PUTEK. Sekiranya terdapat
permohonan yang melebihi RM 50,000.00, maka permohonan tersebut hendaklah
diproses dan dimajukan ke Ibu Pejabat.
Prosedur Pengambilan Peserta
Dapatkan Borang Permohonan
yang diiklankan di akhbar tempatan.
Borang Permohonan juga
boleh didapatkan di Pejabat MARA.
Surat Panggilan Temuduga
akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat MARA.
Ujian Keusahawanan akan
diadakan di Pejabat MARA Negeri dan juga temuduga.
Surat Tawaran Menyertai
Program PUTEK dari Ibu Pejabat MARA
Surat Jawapan
Terimaan/Penolakan Tawaran dari Ibu Pejabat.
|
SKIM KHIDMAT PAKAR
RUNDING
|
KUMPULAN SASARAN:
1.
Usahawan-usahawan yang menjadi sasaran skim ini terdiri daripada empat (4)
kategori berikut:-
1.1. Penerima
kemudahan pembiayaan dan lain-lain kemudahan MARA yang menghadapi masalah
melaksanakan projek dari aspek teknikal atau kemahiran.
1.2. Usahawan
yang telah mendapat kemudahan pembiayaan, tapak perniagaan, bengkel atau kilang
MARA tetapi menghadapi masalah untuk membayar tanggongan mereka dengan
mara.
1.3. Bekas
pelatih MARA di bawah Program PUTEK, LPU dan Perintisan.
1.4.
Usahawan-usahawan lain yang menghadapi masalah yang mana menjejaskan/akan
menjejaskan prestasi aktiviti yang sedang/akan dijalankan
2. Jenis-jenis
projek yang diberikan keutamaan adalah seperti berikut:-
2.1.
Memproses dan membuat makanan/minuman
2.2.
Pembuatan produk berasaskan logam
2.3.
Pembuatan produk berasaskan kayu/kayan
2.4.
pembuatan bahan-bahan binaan
2.5.
Pembuatan produk berasaskan kimia, plastik, fiber dan seramik
2.6.
Perkhidmatan yang melibatkan kemahiran teknikal/perancangan
2.7.
Lain-lain sector yang diceburi oleh usahawan pada masa kini asalkan ianya
memenuhi syarat-syarat kelayakan.
SYARAT/KELAYAKAN USAHAWAN/SYARIKAT:
1. Perundingan Awalan:
1.1.
Bakal-bakal usahawan Bumiputera khususnya dalam sector pengeluaran dan
perkhidmatan, yang dalam proses mewujudkan aktiviti samada dalam proses
perlaksanaan/persediaan asas atau persediaan kemudahan.
1.2.
Usahawan-usahawan baru atau sambilan yang menghadapi masalah tertentu samada
dalam bidang teknikal atau pengurusan.
1.3.
Usahawan-usahawan kecil dalam istilah cottage industry yang berminat meluaskan
aktiviti.
2. Perundingan Fasa Pertama & Kedua:
2.1. Perniagaan
persendirian/perkongsian atau syarikat Sendirian Berhad/Berhad bertaraf
Bumiputera yang berpotensi untuk berkembang.
2.2.
Perniagaan yang sudah berjalan satu tahun atau lebih dan mempunyai pendaftaran
perniagaan dan mempunyai kebenaran tertentu dalam menjalankan
perusahaan.
2.3.
Perniagaan yang menghadapi masalah dari segi kualiti dan proses pengeluaran
ataupun perkhidmatan dan pengurusan.
2.4.
Sumbangan modal usahawan sekurang-kurangnya RM 30,000.00 atau 20% daripada kos
projek yang mana lebih rendah.
2.5. Usahawan
yang mempunyai pemikiran yang positif dan mahukan perubahan atau peningkatan di
dalam perniagaan.
2.6.
Keutamaan untuk bidang pembuatan/perkhidmatan yang mampu bersaing di pasaran
terbuka.
JENIS PERKHIDMATAN, TEMPOH DAN PROSES
1. Perundingan Awalan:
1.1.
Perkhidmatan ini adalah untuk tempoh tidak melebihi 1 bulan dari tarikh
perkhidmatan mula diberikan.
1.2.
Mengenalpasti masalah yang dihadapi/kepakaran yang diperlukan oleh
usahawan/bakal usahawan dan mengemukakan cadangan penyelesaian.
1.3.
Perunding membuat cadangan dan rangka akerja cadangan kepada Pegawai MARA Daerah
(PMD)/Penolong Pegawai MARA Daerah (PPMD).
1.4.
Perbincangan atas justifikasi cadangan dan pencapaian persetujuan antara
usahawan/bakal usahawan, PMD/PPMD dan perunding.
2. Perkhidmatan Fasa Pertama:
2.1. Perkhidmatan ini adalah
untuk tempoh 1 hingga 3 bulan dari tarikh perkhidmatan mula
diberikan.
2.2.
Mengemalpasti masalah, peluang dan perancangan yang disusun oleh usahawan atau
syarikat.
2.3.
Perunding mengemukakan cadangan penyelesaian terhadap perkara-aperkara
dikenalpasti.
2.4.
Menyerahkan justifikasi bagi setiap cadangan dan rangka kerja cadangan kepada
Pegawai Ehwal Ekonomi (PEE), Bahagian Bimbingan Usahasan (BBU).
2.5.
Perbincangan atas justifikasi cadangan dan pencapaian persetujuan antara
usahawan, PEE (BPU), PMD dan Perunding.
3. Perkhidmatan Fasa Kedua:
3.1.
Perkhidmatan ini adalah untuk tempoh masa antara 6 hingga 12 bulan dan
perkuatkauasa dari tarikh perkhidmatan mula diberikan.
3.2.
Merupakan lanjutan perkhidmatan dari Fasa Pertama yang tidak dapat diselesaikan
di peringkat tersebut dimana usahawan melaksanakan cadangan yang dibuat dan
perunding membimbing usahawan tersebut.
3.3.
Perlantikan perunding yang lain akan dibuat oleh MARA sekiranya perunding yang
dilantik di Fasa 1 tidak berupaya/sesuai untuk memberi perkhidmatan di Fasa 2.
Perunding Fasa 1 boleh melantik perunding lain bagi Fasa 2 ini dengan syarat
mendapat persetujuan Pengarah MARA Negeri (PMN) terlebih dahulu.
3.4.
Perunding mencadangkan dan memberi garis panduan terhadap perubahan system, cara
kerja dan lain-lain perkara yang difikirkan memberi manfaat kepada
usahawan.
3.5.
Perbincangan atas justifikasi cadangan dan pencapaian persetujuan antara
usahawan, PMN, PEE (BPU) dan perunding.
3.6.
Perunding melaporkan kepada pihak MARA tindakan terhadap setiap peringkat
perkhidmatan yang telah dicadangkan sepertimana jadual kerja yang
dipersetujui.
BELANJA PEMBANGUANAN AKTIVITI KHIDMAT
RUNDINGCARA
Perunding Awalan/Segera
Mereka yang
bergiat secara sambilan dan berhajat meningkatkan aktiviti, khususnya
pengeluaran/perkhidmatan.
Penerima
pembiayaan baru <RM 50,000.00 bagi memulakan/ meningkatkan aktiviti
pengeluaran/perkhidmatan, khususnya terdapat aspek teknikal.
Rundingcara
berkelompok dalam kumpulan kecil (+/- 5 orang) bagi peningkatan kualiti sesuatu
industri/perkhidmatan yang dijalankan secara berkecilan.
Rundingcara
mengemaskini/mengatur peningkatan pengurusan sesuatu syarikat yang mempunyai
potensi bagi maju.
Perundingan Fasa Petama Penerima pembiayaan baru
> RM 50,000.00 bagi memulakan/meningkatkan aktiviti
pengeluaran/perkhidmatan.
Penerima
pembiayaan sedia ada dan lain-lain pengusaha industri kecil Bumiputera dalam
sector pengeluaran dan perkhidmatan yang menahadapi masalah.
Perundingan Fasa kedua
Bagi
mana-mana projek yang telah menerima khidmat rundingcara di bawah Fasa 1
(peruntukan boleh diagihkan kepada aktiviti Rundingcara Awalan dan Fasa 1 pada
setengah tahun ke 2)
Gunasama (BPU): Perundingan berkumpulan secara Kursus/Bengkel/Seminar
Perundingan
bagi kumpulan Pengurusan secara berkelompok (+/- 10 orang) bagi sesuatu sector
industri secara bengkel/seminar bagi mengatasi masalah
pengeluaran/pemasaran/ Kosting/perhubungan pelanggan/kawalan
mutu/penyelenggaraan, khususnya bagi industri pengeluaran, perkhidmatan atau
pelancongan. Sesuatu program boleh diatur bagi keperluan 2/3 negeri
berjiran.
Kursus bagi
peningkatan prestasi kompleks perniagaan MARA/IKM
Back To
Top
|