Waktu Sekarang



Pautan Berkaitan

 
 

 

Pautan Usahawan

Skop Pembiayaan

 

Kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan adalah meliputi sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan konsep Islam seperti berikut:

Pembuatan

Meliputi semua aktiviti pembuatan seperti perusahaan perkilangan / industri berasakan fabrikasi logam, elektrik dan komponen elektronik, makanan dan minuman, palstik, tekstil dan kulit, percetakan dan penerbitan, telekomunikasi, memproses hasil pertanian dan lain - lain.

Perdagangan

Meliputi semua aktiviti perdagangan yang melibatkan urusan jual beli barang seperti mengendalikan pasar tani, peruncitan, pemasaran keluaran barangan makanan dan minuman, penjualan perabot, pemasaran hasil pertanian, pengendalian stesyen minyak dan lain - lain lagi.

Perkhidmatan

Meliputi semua aktiviti perniagaan perkhidmatan yang ada urusan jual beli dalam perkhidmatan yang diberikanseperti perkhidmatan guaman, klinik, perkhidmatan menyediakan makanan (restoran / kedai makan), kedai gunting rambut (lelaki dan wanita).

Pemborong

Meliputi kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan seperti kerja - kerja kontrak membina bangunan, membuat jalan, ubah suai bangunan, pendawaian elektrik dan sebagainya. Pembiayaan adalah berasaskan kerja sebenar yang diperolehi.

Pengangkutan

Pembiayaan untuk membeli kenderaan perdagangan bagi tujuan perniagaan seperti bas, van, lori dan motorbot.

Pertanian

Pembiayaan untuk projek pertanian, perikanan dan penternakan yang berisiko rendah dengan tempoh tuaian / perolehan yang sederhana panjang.