Waktu Sekarang



Pautan Berkaitan

 
 

 

Pautan Khas

Info Plaza Larkin,Johor Bahru

berita lanjut

Cadangan KSP Iskandar Malaysia MARA Negeri Johor

berita lanjut

Perubahan Syarat Permarkahan Kelayakan Pendapatan Bagi Permohonan Pendahuluan Pinjaman pelajaran MARA

berita lanjut



Latar Belakang

 

MARA dalam mesyuaratnya Bil. 314 [4/2006] pada 8 Ogos 2006 telah meluluskan cadangan penambahbaikansyarat asas dan peraturan pembiayaan yang dikemukakan oleh Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN).

Perubahan kepada kelonggaran syarat jaminan / cagaran dan peningkatan had maksimum bagi pembiayaan tanpa jaminan / cagaran adalah bagi meringankan dan menyelesaikan masalah pelanggan pembiayaan untuk mendapatkan jaminan sebagai sandaran kepada pembiayaan perniagaan.

Berkuatkuasa 1Mei 2007

 

 

Perubahan Syarat - Syarat Asas

 

1) Pembiayaan Kontrak RM 200,000.00 dan ke bawah.

Bagi semua Skim Pembiayaan Kontrak RM 200,000.00 dan ke bawah tidak memerlukan sebarang jaminan atau cagaran.

2) Pembiayaan Kontrak RM 200,001.00 hingga RM 500,000.00

a) Jaminan
: Permohonan dikehendaki mengemukakan sekurang - kurangnya seorang penjamin yang berpendapatan sebulan bersamaan dengan sekurang - kurangnya 3% daripada jumlah pembiayaan yang dipohon;
    atau
b) Cagaran
: Pemohon dikehendaki mengemukakan cagaran tanah di mana nilai paksa tanah adalah sekurang - kurangnya 10% daripada jumlah pembiayaan yang dipohon;
    atau
c) Lain-lain
: Gabungan (a) dan (b)