AL - BAI BITHTAMAN AJIL
Bermaksud "Jualan Harga Tangguh". Pembiayaan boleh digunakan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus, dan jaminan bank (Bank Guarantee).
AL - MURABAHAH
Bermaksud "Jualan Dengan Tambah Untung". Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang - barang separuh siap, barang - barang siap dan kelengkapan alat ganti.
AL - IJARAH
Bermaksud "Pajakan atau Sewaan". Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa peralatan tersebut daripada MARA dibawah konsep ini. Setelah bayaran sewa diselesaikan, peralatan berkenaan dipindahmilik kepada pelanggan.
BAI AL INAH
Bermaksud "Menjual Sesuatu Barangan Dengan Harga Tangguh Kepada Pembeli". Pembiayaan ini khusus bagi kegunaan belanja mengurus (overhead) sahaja, seperti membayar gaji, sewa premis, bil elektrik dan air.
|