SEJARAH AWAL
|
Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu. Campurtangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 - 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan. |
|
|
|
|
|
Dungun dikatakan
berasal daripada nama pokok Dungun (sejenis pokok yang banyak tumbuh di
kawasan paya air tawar) dan dipercayai telah dibuka oleh pendatang
daripada Pagar Ruyung, Sumatera dengan berdasarkan kepada:- |
|
ii) Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Daerah Dungun
menjadi lebih terkenal pada mata dunia sejak penemuan dan perlombongan
bijih besi pada tahun 1930 oleh Nippon Mining Company dan diexspori ke
Jepun pada tahun 1931. Pembangunan di Dungun khususnya di Bukit Besi
menjadi pesat dengan terdirinya jalan-jalan (rel) keretapi dan bangunan
pejabat serta pertambahan penduduk yang sentiasa meningkat dari tahun ke
tahun samada rakyat Terengganu dari daerah lain mahupun pekerja-pekerja
lombong Bukit Besi dan luar Terengganu dengan diketuai oleh seorang
ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan
Paka. |
|
Hasil-hasil
bijih besi telah diekspot ke Jepun hinggalah kepada pendudukan Inggeris
di Terengganu amnya dan Dungun khususnya, kawasan lombong bijih besi
diambil alih oleh Kerajaan Inggeris. |
|
|
|
1. Terengganu, Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali 1996. |
|
2. Malayan, Branch Royal Asiatio Society Vol.XXII Part 3 oleh M.C.FF.Sheppard, A.R.Hill, C.A. Gibson Hill, 1949. |
|
3. Terengganu Annual Report 1925 - 1936 |
|
4. Geological Servey West Malaysia, IRON ORE, DEPOSITS OF WEST MALAYSIA, Buletin 2 |
LATARBELAKANG
|
Penemuan bijih besi, Daerah Dungun merupakan Daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan Negara-Negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya. |
|
Penutupan Lombong Bijih Bukit Besi Dungun menjadi malap. Pada tahun 1973 KETENGAH diperbadankan dimana aktiviti utamanya tertumpu kepada penempatan semula dan industri Pertanian (kelapa sawit). Manakala pada awal tahun 1994 Daerah Dungun mula menerima limpahan pembangunan industri dari Daerah Kemaman dengan pembukaan Gas Prosessing Plant (GPP) 5 dan 6 di Kawasan Tok Arun, Mukim Kuala Paka oleh PETRONAS dan Janakuasa letrik di Paka. |
|
Dijangka Dungun akan terus berkembang maju dalam bidang industri berasaskan gas dan petrolium. Dalam masa yang sama faktor-faktor lain seperti pendidikan, agama, pertanian , perikanan, kesihatan dan pelancongan juga akan diberi keutamaan sesuai dengan dasar |
MOTO
| " DUNGUN TERUS MEMBANGUN" |
MISI
| Berusaha Gigih Untuk Menjadikan Dungun, Daerah Termaju, Unggul Dalam Pencapaian dan Utama Dalam Kualiti. |
OBJEKTIF
|
Mengadakan sebuah Jentera Pentadbiran yang cekap,
berkesan dan berjiwa rakyat dalam usaha memberi kesejehteraan serta
memperkenalkan perpaduan masyarakat. Merancang, menyelaras dan melaksanakan projek-projek
sosio-ekonomi selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk
masyarakat maju dan produktif. Menjadi saluran antara rakyat dan kerajaan di Peringkat
daerah |
|
|
|
|