OBJEKTIF SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK
Mengadakan kemudahan pembiayaan kewangan
jangka pendek kepada pemborong-
pemborong bumiputra dalam usaha membantu mempertingkatkan tahap usahawan
Bumiputra
di sektor pembinaan dan pemborong.
LATAR BELAKANG SKIM
Semenjak pinjaman perniagaan kepada pengusaha dan pemborong
bumiputra diwujudkan,
skim pinjaman kontrak telah mengalami perkembangan yang memuaskan. Jika
pada tahun
1980an pembiayaan dihadkan kepada kontraktor
kelas D tetapi menjelang akhir tahun
1990an kontraktor kelas BX juga berpeluang mendapat pembiayaan MARA dengan
jumlah
pembiayaan ditingkatkan kepada RM600,000.00.
SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK MARA
Skim Pembiayaan Kontrak ini memberi
kemudahan pembiayaan Islam untuk kontraktor-
kontraktor bumiputra bagi kerja-kerja pembinaan, pembekalan dan perkhidmatan.
Skim ini merangkumi kategori pembiayaan kontrak berikut :-
1. Pembiayaan Kontrak Am
Terbuka kepada kontraktor yang memperlehi kontrak binaan, bekalan,
kontraktor yang
memperlehi kontrak berasaskan pertanian dan kontraktor 'nominated subcontractor'
2.
Pembiayaan Tetap Kontrak (Ala-Overdraf)
Kemudahan yang boleh digunakan berulangkali dalam tempoh
setahun berdasarkan
perolehan kerja daripada Agensi Awam
3.
Pembiayaan Sub Kontrak di bawah Konsep Payung
Terbuka kepada Sub-Kontraktor yang mempunyai perjanjian kontrak
dgn kontraaktor
utama di bawah konsep payung yang diwujudkan oleh Kementerian tertentu
4.
Pembiayaan Kontraktor Cemerlang
Diberi kepada kontraktor yang dikenalpasti dari
kalangan pelanggan MARA yang
telah menyempurnakan empat kali pembiayaan kontrak am. Kontraktor tersebut
diberi
pembiayaan tanpa mengemukakan jaminan/ cagaran
PERLAKSANAAN
Syarat-Syarat Asas
(a) Kelayakan pemohon / pemborong
i. Pemborong hendaklah berdaftar dengan
Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau
Kementerian Kewangan atau kedua-duanya sekali.
ii. Pemborong yang berdaftar dengan PKK :
Kontraktor kelas E, F dan D sahaja.
iii. Pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan :
Kontraktor Bekalan dan Perkhidmatan.
iv. Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
v. Memenuhi syarat asas pembiayaan
sepertimana yang dinyatakan dalam syarat-
syarat am permohonan pembiayaan MARA seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia daripada keturunan
Melayu atau Bumiputra lain
berusia 18 tahun ke atas. (Tiada had umur ditetapkan)
(b) Dapat menyumbang modal sendiri tidak kurang daripada 10% kos projek.
(c) Pemborong hendaklah melibatkan diri
sepenuh masa dalam perniagaan
yang dibiayai.
(d) Mengemukakan cagaran atau jaminan bagi pembiayaan yang diperlukan.
(b) Had Pembiayaan
Kategori Pemborong Had (RM)
(i) Kelas
E dan F
250,000.00
(ii) Kelas D
500,000.00
(Had tawaran kerja bernilai kurang daripada RM2.5 Juta)
(c) Jabatan Yang Menawarkan Kerja
i. Jabatan Kerajaan atau Agensi Kerajaan (Bersetuju menerima Surat Ikatan Serahak)
ii. Syarikat Swasta, dengan syarat :-
(a) Bersetuju menerima Surat Ikatan Serahak
(b) Mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh
(c) Keutamaan bagi yang telah disenaraikan dalam BSKL
(d) Jenis Kerja
Jenis-jenis kerja kontrak meliputi semua kontrak binaan, perkhidmatan dan bekalan.
(e) Surat Persetujuan Pelanggan
Pelanggan dikehendaki menandatangani Surat
Persetujuan membenarkan bayaran
kemajuan daripada kerja kontrak dibuat terus kepada MARA.
(f) Persetujuan Jabatan Memberi Kontrak
Jabatan / Agensi pengeluar kontrak setuju terima Surat Persetujuan
dan Surat Ikatan
Serahak membenarkan bayaran dibuat kepada MARA.
(g) Cagaran / Jaminan
1.
Tanpa Cagaran
Bagi
Permohonan pembiayaan RM250,000.00 ke bawah
2. Syarat
Cagaran / Jaminan
Bagi
Permohonan pembiayaan RM250,001 hingga RM500,000.00
Kemudahan kepada kontraktor binaan (Kelas F), bekalan,
perkhidmatan dan
elektrik, pemohon cuma mengemukakan sekurang-kurangnya seorang penjamin bergaji
tidak kurang RM1000.00 sebulan.
TANAH
Dikira berdasarkan nilai jualan paksaaan (Forced sale value).
Mengemukakan cagaran tanah dengan nilai tidak kurang 10% daripada jumlah
pembiayaan.
PENJAMIN
Pendapatan minimum seorang penjamin tidak kurang daripada RM1000 sebulan.
Sekurang-kurangnya seorang penjamin dan jumlah
pendapatan tetap
bulanan mereka tidak kurang daripada 3% jumlah pembiayaan.
Penjamin-penjamin hendaklah :-
(a) Mendapat surat kebenaran majikan.
(b) Mengemukakan penyata gaji yang terkini.
(c) Menyerahkan salinan sah Borang J cukai pendapatan bagi
tahun terkini ( bagi
mereka yang bekerja sendiri atau dengan pihak swasta).
(d) Berumur tidak melebihi 55 tahun.
(e) Bagi pegawai-pegawai polis yang berpangkat
sub-inspektor ke bawah tidak
dibenarkan menjadi penjamin (Akta Polis 1967).
(f) Pegawai / kakitangan MARA, ahli Majlis
MARA, Ahli Dewan Undangan Negeri
dan Ahli Parlimen Malaysia tidak boleh diterima sebagai penjamin.
ATAU
iii. Gabungan Cagaran Tanah dan Penjamin.
LAIN-LAIN
Jaminan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah untuk Syarikat Sdn. Bhd
Surat Ikatan Serahak ditandatangani oleh Pengeluar
Kontrak
Untuk keterangan lebih lanjut: Sila hubungi
Unit Pembiayaan Perniagaan MARA
Pejabat MARA Negeri Terengganu
No.2 Bangunan MARA
Jalan Masjid Abidin
20000 Kuala Terengganu
09-6222070 / 09-6222077