Membeli mesin / peralatan
Ubahsuai premis perniagaan
Membeli stok / bahan mentah
Belanja Mengurus
Jaminan Bank / Yuran francais
        

PEMBIAYAAN AM / FRANCAIS

Pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
Tidak perlu Cagaran / Jaminan

Pembiayaan melebihi RM50,000.00 hingga RM250,000.00
 
Mengemukakan sekurang-kurang 1 orang penjamin atau....
          
PEMBIAYAAN KONTRAK
 
Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Pembiayaan Kontrak Am, Pembiayaan Tetap Kontrak dan Pembiayaan utk Sub-Kontrak di bawah konsep payung
           

1. Warganegara Malaysia daripada keturunan melayu atau Bumiputera lain yang berusia antara 18 tahun hingga 60 tahun


2. Mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diusahakan/ hendak dijalankan


3. Pemohon yang baru berniaga antara 3 bulan hingga 6 bulan perlu mengikuti kursus keusahawanan anjuran MARA atau agensi-agensi lain


4. Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan berkenaan


5. Dapat menyumbang modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek


6. Usahawan hendaklah melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan dibiayai


7. Lulus Carian Kredit (CTOS)


8. Dapat mengemukakan cagaran / jaminan yang diperlukan
      

AL BAI BITHAMAN AJIL

Bermaksub 'Jualan Dengan Harga Tangguh'. Pembiayaan boleh digunanakan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank (Bank Guarantee).


AL-MURABAHAH

Bermaksub 'Jualan Dengan Tambah Untung'. Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang-barang separuh siap, barang-barang siap dan kelengkapan ganti.


AL-IJARAH

Bermaksub ' Pajakan atau Sewaan'. Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa peralatan tersebut daripada MARA di bawah konsep ini. Setelah bayaran sewa diselesaikan,peralatan berkenaan dipindahmilik kepada pelanggan.


BAI AL-INAH

Bermaksub 'Menjual Sesuatu barangan dengan harga tangguh kepada pembeli'. Pembiayaan ini khusus bagi kegunaan belanja mengurus (overhead) sahaja, seperti membayar gaji, sewa premis, bil elektrik dan air

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang RP2 (tiga salinan) yang boleh diperolehi dari Pejabat MARA Daerah / Negeri. Borang yang lengkap diisi hendaklah dimajukan ke Pejabat MARA Daerah berhampiran.

Borang RP2 ini hendaklah disertakan dengan perkara-perkara berikut:-

a) Salinan dokumen perniagaan seperti lesen/permit,perjanjian perkongsian (sekiranya syarikat perkongsian), Memorandum Tataurus Peraturan (Bagi Sdn. Bhd)dan lain-lain berkaitan.

b)Kertas kerja perancangan perniagaan (bagi Permohonan pembiayaan RM50,000.00 ke atas)

SEBARANG KEMUSYKILAN
SILA HUBUNGI

HJ ALIAS BIN YUSOFF
ANISAH BINTI JUSOH
FAZIDAH BINTI OTHMAN

No Tel : 09-6222070 / 09-6222077
No Faks : 09-6221070

 

 

 


Transaksi Bayaran Dari Bank Akan Dikemaskini Oleh MARA Selepas 3 Hari Bayaran Dibuat. HARAP MAKLUM
Bayaran Pinjaman Melalui Perbankan Online
Sepintas Lalu




Dan Di Semua Kaunter

Pejabat Pos Berkomputer
Bank Islam
Bank Simpanan Nasional (BSN)


 

Hakmilik@pmntrg2006
Webmaster

SKIM PEMBIAYAAN
Kemudahan pembiayaan perniagaan yang disediakan MARA ADALAH TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARIAT ISLAM DAN BERASASKAN KONSEP ISLAM YANG BEBAS DARI RIBA.

Pembiayaan sehingga RM250,000.00 disediakan untuk
projek perdagangan,  perkhidmatan dan ....
 
Pembiayaan di bawah RM10,000.00  dan tidak   memerlukan penjamin / cagaran
 
Pembiayaan   untuk
membeli kenderaan baru bagi kegunaan perkhidmatan teksi..
 
Pembiayaan      bagi projek /  perusahaan pertanian, perikanan, penternakan dan lain-lain.....
 
Pembiayaan bagi membesarkan perniagaan Pasar Mini.........
 
Pembiayaan kepada kontraktor Bumiputera bagi melaksanakan kerja pembinaan, bekalan...
 
Pembiayaan Kenderaan Komersil
Pembiayaan Utk Usahawan Teknikal.....

 
 

  Kemudahan pembiayaan perniagaan yang disediakan meliputi sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan konsep ISLAM seperti berikut :-

1. PEMBUATAN

Meliputi semua aktiviti pembuatan dan perusahaan perkilangan seperti industri makanan, industri plastik,memproses hasil pertanian dan sebagainya


2. PERDAGANGAN

Meliputi semua aktiviti perdagangan yang melibatkan urusan jual beli barangan seperti menjual perabot, kedai runcit, memasarkan hasil pertanian dan sebagainya


3. PERKHIDMATAN

Meliputi semua aktiviti perniagaan berbentuk perkhidmatan yang diberikan seperti juru foto, perkhidmatan guaman, perkhidmatan menyediakan makanan(restoran / kedai makan), klinik,bengkel dan sebagainya


4. PEMBORONGAN

Meliputi kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan seperti kontrak membina bangunan,membuat jalan,menyediakan makanan di asrama dan sebagainya


5. PENGANGKUTAN

Pembiayaan untuk membeli kenderaan baru atau terpakai bagi tujuan perniagaan atau perdagangan seperti bas, van, lori, teksi dan bot pelancong


6. PERTANIAN

Meliputi aktiviti-aktiviti perladangan, penternakan dan perikanan yang berisiko rendah dengan tempoh tuaian / perolehan hasil yang sederhana panjang seperti menanam tebu, menternak kerbau, memelihara ikan dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

E-BORANG

Pembiayaan AM / Biasa (RM10,001 Ke atas)

Pembiayaan Kecil (RM10,000 Ke bawah)

Pembiayaan Teksi

Pembiayaan Kontrak
Checklist Kontrak

Pembiayaan Pertanian
Checklist Pertanian

Borang Tambahan

Borang RP16
Borang Akuan Sumpah
Lampiran I & II

 

 

 

 

                                             

 

 

 

 

 

 

 

Hakmilik@PmnTrg2006