|
|
Kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan adalah meliputi sektor
perniagaan yang tidak bercanggah dengan konsep Islam seperti
berikut:
-
PEMBUATAN
Meliputi semua aktiviti pembuatan seperti perusahaan
perkilangan / industri berasaskan fabrikasi logam, elektrik
dan komponen elektronik, makanan dan minuman, plastik, tekstil
pakaian dan kulit, percetakan dan penerbitan, telekomunikasi,
memproses hasil pertanian dan lain-lain.
-
PERDAGANGAN
Meliputi semua aktiviti perdagangan yang melibatkan urusan
jual beli barangan seperti mengendalikan mini market,
peruncitan, pemasaran keluaran barangan makanan dan minuman,
penjualan perabot, pemasaran hasil pertanian, pengendalian
stesyen minyak dan lain-lain lagi.
-
PERKHIDMATAN
Meliputi semua aktiviti perniagaan perkhidmatan yang ada
urusan jual beli dalam perkhidmatan yang diberikan seperti
perkhidmatan guaman, klinik, perkhidmatan menyediakan makanan
(restoran / kedai makan), kedai gunting rambut (lelaki dan
wanita), kedai jahitan dan lain-lain lagi.
-
PEMBORONG
Meliputi kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan dan
perkhidmatan seperti kerja-kerja kontrak membina bangunan
membuat jalan, ubahsuai bangunan, pendawaian elektrik dan
sebagainya. Pembiayaan adalah berasaskan kerja sebenar yang
diperolehi.
-
PENGANGKUTAN
Pembiayaan untuk membeli kenderaan perdagangan bagi tujuan
perniagaan seperti bas, van, lori dan motorbot.
|
Penafian:
Pihak MARA tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang
kerosakan atau kehilangan yang dialami akibat daripada
penggunaan laman web ini.
Bagi
mendapat paparan yang terbaik sila gunakan Microsoft
Internet Explorer 6 ke atasdengan resolusi skrin 800 x 600
pixel. |
|
|
 |





Pautan Pantas
|
 |