|
SEJARAH MARA
Penubuhan
Majis Amanah Rakyat
Majlis
Amanah
Rakyat
(MARA) ditubuhkan pada
1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan
berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera
pertama pada tahun sebelumnya.
Objektif utama
penubuhan ini ialah untuk mengatasi kelemahan keadaan
sosio-ekonomi Bumiputera khususnya orang Melayu dalam bidang
perniagaan dan perindustrian.
Puisi
Penubuhan MARA
Amanah Dan Amarah Rakyat (25 Tahun MARA)

USMAN AWANG NOVEMBER 1991
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pencipta, SN Dato' Dr.
Usman Awang yang telah menghadiahkan puisi ini kepada MARA

Majlis Amanah Rakyat
Sebuah
nama keramat
Lahir
dari percikan amarah suatu bangsa
yang
mundur sosio-ekonominya
masih
menadah tangan menjadi peminta
di
tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka.
Bermula
di zaman penjajah dikenal dengan
RIDA-Lembaga Kemajuan Kampung
Dan
Perusahaan
Suatu
bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan
Kritik
tajam rakyat terhadap
dasar
penjajahan.
RIDA
yang berdetik pada tahun 1953
Ketika
bara nasionalisma marak menyala
Tidak
mampu menampung ghairah
rakyat
merdeka
Suara
Bumiputera yang semakin
keras
bergema
Kemunduran dan kemiskinan yang ketara.
Tahun
seribu sembilan ratus enam
puluh
lima
Kongres
Ekonomi Bumiputera Yang Pertama
Merumuskan segala duka nestapa bangsa
Bahawa
kita memiliki telaga
Mengapa
masih memegang talinya
Sedang
orang mencapai timba
Maka
segala gaung amarah dileburkan
Menjadi
sumpah amanah suatu wawasan
Pada
detik 1966 yang menentukan
RIDA
pun dikerandakan dalam sejarah
Untuk
sebuah nama baru yang keramat
Majlis Amanah Rakyat
Kini
25 tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia
Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera
Penyelarasan
jalur wawasan dua ribuan
Menilai kembali keberkesanan
AMARAH dan Amanah Rakyat yang
dipahatkan
|