Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada
pengeluaran berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan. Kami
juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah
diamanahkan , menerusi program dan aktiviti berikut :
a) Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera
yang terlatih dalam bidang profesional dan teknikal ke tahap
30% daripada keperluan negara.
b) Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang
lengkap akan diputuskan dalam masa tidak lebih daripada 50
hari.
c) Memastikan semua pelajar tajaan MARA di seberang laut
akan menerima elaun bulanan sebelum tiba bulan berikutnya.
d) Setiap panggilan ke Ibu Pejabat MARA akan dilayan tidak
lewat daripada 30 saat samada oleh Telefonis atau melalui
mesin sistem kendalian panggilan.