|
Majlis
Amanah Rakyat (MARA), Agensi di bawah
Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia,
ditubuhkan pada 1 Mac
1966 di bawah Akta
Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada
resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun
sebelumnya.
Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan,
memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan
kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam
kawasan-kawasan luar bandar.
OBJEKTIF
Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera,
khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif
dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk
masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan,
profesional dan kukuh. |