|

RASIONAL AM LOGO MARA
RODA
BERGIGI (14)
Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA
memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan
aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera.
BUKU
TERBUKA
Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang
menjadi wawasan MARA untuk mencapai kecemerlangan dan
kemajuan Keusahawanan serta Pendidikan.
JANGKA
LUKIS TERBUKA
Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk menggalak,
membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam bidang
keusahawanan menuju kearah Masyarakat Perdagangan &
Perindustrian.
SPANA
Dan SKREW
Melambangkan sumbangan MARA di dalam memberi latihan dan
pendidikan berteraskan teknologi serta pembangunan sumber
tenaga mahir negara. Teknologi merangkumi peringkat asas
hingga ke peringkat setinggi-tingginya.
TULISAN
RUMI & JAWI MAJLIS AMANAH RAKYAT
Melambangkan kesinambungan imej, identiti kecemerlangan MARA
dan penerapan ciri-ciri keislaman.
WARNA
(a)
Merah
melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai
peluang- peluang baru.
(b)
Biru
pula melambangkan kemurnian wawasan dan matlamat sebagai
Badan Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat
maruah serta martabat bangsa.
(c) Hitam sebagai lambang keutuhan dan
kekukuhan semangat untuk membantu secara berterusan golongan
Bumiputera.
Ciptaan Asal:
Encik Muhamad Salleh Markom
Pejabat Kementerian Buruh (1967)
|