LATIHAN DAN KERJAYA

 

 

LATIHAN SAMBIL KERJA ( LSK )
 

OBJEKTIF
 

Memberi peluang kepada belia lepasan SPM yang menganggur dan tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi mempraktik kemahiran teknikal dalam bidang yang diminati. Dengan sijil yang diperolehi, mereka diharap berpeluang untuk peningkatan yang lebih tinggi lagi.

 

KELAYAKAN

  1. Bumiputra

  2. Sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5

  3. Berumur 18 hingga 40 tahun

  4. Belum berkahwin

  5. Tidak pernah mengikuti sebarang program yang dianjurkan oleh MARA seperti IKM, GIAT dan sebagainya.

  6. Pemohon bukan terdiri daripada kakitangan syarikat/kilang.

  7. Mempunyai minat yang mendalam dalam sesuatu bidang yang hendak diceburi.

  8. Peserta akan ditemuduga sebelum diterima mengikuti program SLK.

TEMPAT LATIHAN
 

Calon-calon boleh berjumpa Pegawai di Unit Latihan dan Kerjaya, Pejabat MARA Negeri Pulau Pinang dan menyatakan hasrat mereka untuk mengikuti program SLK di syarikat yang dipilih sendiri atau akan dipilih oleh pihak MARA

 

KEMUDAHAN LATIHAN

  1. Sepanjang tempoh latihan, pelatih diberi latihan percuma dan elaun bulanan RM 210.00. MARA tiada halangan jika pihak syarikat memberi elaun tambahan kepada pelatih.

  2. Pembayaran cek elaun kepada pelatih dibuat di pejabat MARA Negeri Pulau Pinang.

  3. Kemudahan tempat tinggal dan pengangkutan tidak

    disediakan.

JANGKAMASA LATIHAN
 

Tempoh Latihan Sambil Kerja adalah diantara 6 hingga 24 bulan. Penetapan tempoh latihan seseorang pelatih bergantung kepada jenis latihan yang dikuti dan tahap kemahiran yang dapat diberikan oleh pihak majikan.

 

SENARAI KURSUS

  1. Mekanik Automotif

  2. Ketukangan Bangunan

  3. Ketukangan Elektrik & Elektronik

  4. Ketukangan Mekanikal

  5. Ketukangan Jahitan & Kecantikan

  6. Bidang-bidang yang bersesuaian mengikut

    keperluan semasa. 

SIJIL
 

Sijil kehadiran akan dikeluarkan oleh MARA setelah pelatih tamat menjalani kursus.

 

BORANG PERMOHONAN KURSUS boleh didapati di pejabat MARA Negeri dan Daerah atau E-mail kepada pmnpen@mara.gov.my

 

<<<Kembali_______           _____________Seterusnya>>>

Penafian:
Pihak MARA tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami akibat daripada penggunaan laman web ini.

Bagi mendapat paparan yang terbaik sila gunakan Microsoft Internet Explorer 6 ke atasdengan resolusi skrin 800 x 600 pixel.

 

 

Pautan Pantas

Pejabat MARA Negeri

 

 

 

 

Alamat Pusat MARA

Klinik Panel

Peta

Premis Perniagaan