|
KURSUS KHAS MRSM
Kursus-kursus tambahan yang
telah ditetapkan oleh MRSM dan mesti diambil oleh pelajar
ialah :
* Kemahiran Berfikir
* Sains Komputer
* Perkembangan Kerjaya
* Kemahiran Berkomunikasi
*Kemahiran Amalan Bersama
* Senireka
*
Keusahawanan
BADAN WAKIL PELAJAR
Terdiri daripada
pelajar-pelajar yang dipilih oleh pelajar melalui proses
pilihanraya. Antara peranan BWP adalah :
* Memajukan kebajikan pelajar melalui kerjasama
dengan pentadbiran maktab
* Menjadi badan perantaraan untuk pihak pelajar
dan pentadbiran
* Menganjurkan aktiviti pelajar
* Membantu pelaksanaan aktiviti maktab
INSURAN PELAJAR
Setiap pelajar MRSM dimestikan
menyertai Skim Perlindungan Insuran Berkelompok Pelajar yang
bertujuan membantu pelajar atau keluarganya sekiranya
berlaku sebarang perkara yang tidak diingini ke atas diri
pelajar.
|