URUSAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

 

 

KAEDAH PEMBIAYAAN

  1. AL-BAI-BITHAMAN AJIL

    Bermaksud ‘Jualan Dengan Harga Tangguh’. Pembiayaan boleh digunakan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank (Bank Guarantee).
     

  2. AL-MURABAHAH

    Bermaksud ‘Jualan Dengan Tambah Untung’. Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang-barang separuh siap, barang-barang siap dan kelengkapan alat ganti.
     

  3. AL-IJARAH
     

    Bermaksud ‘Pajakan Atau Sewaan’. Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa  peralatan  tersebut daripada MARA di bawah konsep ini. Setelah bayaran sewa diselesaikan, peralatan berkenaan dipindahmilik kepada pelanggan.
     

  4. BAI AL-INAH
     

    Bermaksud ‘Menjual Sesuatu Barangan Dengan Harga Tangguh Kepada Pembeli’. Pembiayaan ini khusus bagi kegunaan belanja mengurus (overhead) sahaja, seperti membayar gaji, sewa premis, elektrik dan air.

<<<Kembali_______          ______________Seterusnya>>>

Penafian:
Pihak MARA tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami akibat daripada penggunaan laman web ini.

Bagi mendapat paparan yang terbaik sila gunakan Microsoft Internet Explorer 6 ke atasdengan resolusi skrin 800 x 600 pixel.

 

 

Pautan Pantas

Pejabat MARA Negeri

 

 

 

 

 

Alamat Pusat MARA

Klinik Panel

Peta

Premis Perniagaan